Saturday, 27 April 2013

27 / 4 / 2013
6 : 29 pm

Tiada pizza seenak cinta,
Tiada keju selazat rindu,
Tiada pasta senikmat kasih sayang,
Tiada yang manis semanis persahabatn..

Dalam senyuman ada tangisan,
Tangisan seorang yang terluka,
Terluka kerana cinta,
Cinta yang menyedihkan..
I'M FALLING IN LOVE WITH YOU..

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku,
Mungkin ada carta cinta,
Tetapi ada saja yang menghalang,
Tuhan berikanlah aku cinta,
Aku juga berhak bahagia!!


Sekadar menghiburkan hati yang lara..
Umpama permata yang retak..
Hanya menunggu saat untuk pecah....

Monday, 22 April 2013

Lara Lagi..

22 / 4 / 2013
11 : 02 pm

Kini aku semakin rapuh menempuh hari-hari yang mendatang...
Ya Allah! Berilah hamba-Mu ini kekuatan,tabahkanlah hati ini...

Aku perlukan kamu..janganlah kamu tinggalkan aku sendirian tanpa teman..
Aku ingin sahaja menangis mengenangkan semua ini..
Tapi bila difikirkan apalah gunanya..Hanya sekadar penawar lara ini??
Dan aku sudah banyak menangis..
Mata ini hampir kering dengan air mata..

Jiwa ini terasa terseksa menanggung rindu yang tidak tertahan..
Ingin sahaja aku terbang ke tempatmu..
Memeluk,mencium dan merenung wajahmmu yang sentiasa berubah mengikut perasaanmu umpama kecanggihan teknologi yang berubah mengikut peredaran zaman..
Namun apakan daya..
Aku punya tanggungjawab..
Tanggungjawab yang akan membawa aku ke lembah kebahagiaan...

Hanya satu nasihatku..
Buatlah yang terbaik...

Do the best,you can do it and always said to yourself you're the best..

All the best  >.<
Do what you like,
Like what you do..

Sunday, 21 April 2013

Segala yang ada dalam isi perut hpku.....

21 / 04 / 2013
06 : 46 pm



Cinta itu fanatik,
Datang dengan automatik,
Perlu urus dengan sistematik,
Tidak payah buat latihan matematik,
Tambahkan romantik,
Pasti akan berputik..

Polis cakap cinta itu tidak boleh ditangkap,
Bomba cakap cinta itu tidak boleh dipadam,
Doktor cakap cinta itu susah diubati,
Dan...
Uztaz cakap cinta itu satu anugerah..

Ambillah dari dunia untuk tubuhmu dan ambillah dari akhirat untuk hatimu...(Sufyan As-Tsauri)

Jangan gunakan singkatan assalamualaikum kepda smekom yang bermaksud celakalah awak,
askum bermaksud binatang..
Gunakan salam atau assalamualaikum..

Tawaduk atau merendah diri itu ialah alat untuk memancing kemuliaan...(Urwah bin Al-Waid)

Jangan campurkan susu bayi dengan susu pekat atau gula kerana ianya boleh merosakkan gigi dan menyebabkan kegemukan..

Saturday, 20 April 2013

Rintihan hati...


Malam ini aku sendiri tiada yang menemani...

Teringatkan kesalahan yang ku lakukan....


Aku mahu peluk ibu aku,bapa aku..aku sayang keluarga aku..
tapi aku tidak pernah luahkan..aku tidak berani...
Ya Allah lindungilah mereka...
Ma..aku banyak menyusahkan mama..sekarang ini pun..aku mahu minta maaf ..tapi kata-kata itu amat payah keluar dari mulut aku untuk digucapkan...aku pun tidak tahu kenapa..
Aku selalu melawan cakap mama..degil tidak mahu disuruh...tidak pernah tolong mama memasak walaupun aku tahu mama penat menoreh getah...dan mama tidak pernah minta tolong...sebab aku pura-pura belajar sibuk konon...Baiknya mama..tapi aku tidak pernah menghargainya..
Aku tidak ingat macam mana mama tunggu aku masa aku sekolah tadika...
Setahun bukan sekejap tu..mama sanggup sebab tidak mahu aku tidak sekolah...
Kalau mama tidak tunggu aku..aku tidak akan ada di sini...
Doakan aku berjaya di sini...aku tidak mahu mengecewakan mama aku...
Dia sudah banyak berkorban demi aku...

Aku masih ingat lagi..masa aku balik dari asrama...mata mama merah..aku tahu mama terharu..tengok aku dapat balik sendiri..
Betapa bahagianya seorang ibu bila melihat anaknya boleh berdikari hingga mengalirkan air mata...



Bapa aku mau minta maaf..aku selalu bila bapa cakap aku tidak peduli dan kadang-kadang tu aku balas dengan sindiran...
Bapa tidak pernah mengeluh..aku tahu payah melakukan kerja dengan sebelah tangan sahaja...aku bodoh betul....rasa kesian tapi tidak menolong...bukan tidak mahu tapi....aku tidak mampu.tengok ni banyak saja alasan aku...
Bapa sangat tabah...bapa kalau terasa dengan aku bapa tidak tunjukkan..aku tahu bapa banyak simpan selama ini...
Mungkin bapa masih rasa bersalah dengan kejadian itu...bapa berusaha untuk menyiapkan rumah sebab bapa takut tidak sempat siap...aku dapat rasa tu..bapa kerja sampai malam...tidur pun lambat sampai jam 1,2 pagi..tapi bapa bangun awal...kadang tu aku tertanya-tanya..bapa tidak penat ka?..

Ada juga rasa hati ni mahu tolong tapi..aku rasa lagi menyusahkan bapa...abang pun tidak ada di rumah...jadi aku hanya mampu melihat..sambil berdoa....bapa mahu kami tinggal di rumah yang selesa...

....*.*....

Me



2PM The Best!