Friday, 4 April 2014

On the Day

4/4/14
10:44pm

Waaaahhhhh!!!!
Sedihnya ..huhu..sob sob
malam ni aku sorang-sorang jak
dorang semua pi tmpat geng
aku? singgel lagi minggel
huhu... nda pa, ok tu
tapikan...best juga sorang sorang ni
hehe... begila sendiri
buat kerja smbil dengar lagu.....cepat siap 
sempat lagi melayan perasaan tu
cewah... menyampat ba dia,feeling gitu
yang penting lukisan aku lawa la
apa nda lawa main tekap di skrin laptop
hehe main buyuk kan, ajaran dari My Brother, Harap maklum ok.
hahaha....gila kali sudah aku ni
LOL

4/4/14
aku suka nombor ni
Why?
Aku pun x tahu
yang penting aku suka angka 4
tapikan orang cina x suka,sebab dalam bahasa cina 4 bermaksud mati
Adakah patut..bingung
Esok aku ada misi .......Mahu shopping
HAHAHAHAHA
Macam banyak duit gayanya
padahal ,,aduina 50 ja
kucing pun ketawa ba 
Kucing ketawa? Gila kali ah
nda da kerja punya pasal

Hari ni...
banyak kisah pasal **
*** punya pasal la ni
adakah patut?
Kehadiran?lisan?*****?*****?Pen Merah?
HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHHAAHAHAHAHAHa

~hanya Tuhan saja yang tahu

Sekian,terima kasih (Nice Day)
Be The Best,Beat The Rest


Tuesday, 18 March 2014

Persoalan D Minda (?????)

11:01 pm
18/3/14

Ada suatu ketika aku pernah berfikir....
Apa yang akan "mereka" lakukan apabila tamat belajar di sini?
Adakah segala kegembiraan,keseronokan,keceriaan,kedukaan,kesalahfahaman,ketegangan,ketenangan yang telah dilalui bersama akan berakhir?
Adakah hidup "ku" akan kembali seperti dulu?
Tiada lagi kenakalan mereka,kebodohan mereka dan...
Keriuhan suara mereka bergelak ketawa...
Yang mampu membuatkan sesiapa saja yang mendengarnya akan turut ketawa..

Aku takut ianya terjadi
Kerana ianya merupakan masa gelapku
Aku tidak ingin lagi melaluimya
Ianya sungguh menyedihkan
Ibarat mimpi buruk yang sering menghantuiku kebelakangan ini
Mimpi yang tiada penghujung
Hanya tergantung separuh jalan
Lalu aku tersedar
Membuatkan aku berfikir
Mengapakah aku bermimpi sedemikian?


!@#$%^&* teringat hari Jumaat ^.^ ,haha..best,angin sephoi2

Tuesday, 11 March 2014

Kekecewaan Melanda Diri

Apakan daya bukan kehendakku
mata ini tertangkap perlakuan itu
kejadian itu telah merubah persepsiku terhadap dirimu
mengapakah engkau begitu?
sungguh tidak kusangka
Dahulu aku amat mengagumi dirimu
tetapi kini kulihat dirimu sungguh kecil
perbuatanmu itu telah mengaburi segala kelebihanmu,
rasa hormatku kini bertukar kepada kebencian
bukan kebencian yang mendalam
tetapi aku tidak merasa selesa dengan kehadiranmu
engkau umpama iklan di tepi jalan
hati berkata tidak mahu melihat
tapi mata ini tetap memandang dirimu

Aku tidak suka semua ini
Mengapa aku harus terlihatnya..??

<capital A>

Friday, 28 February 2014

Kenangan Lalu

(12 ; 53,17/10/13)

hari yang ku lalui kini
terasa tidak bermakna
tidak seghairah dulu untuk menghadapi hidup
kurasakan hidupku kosong
segala yang kulakukan seperti tidak berlaku
dan segala ucapanku seperti angin yang lalu
sungguh tidak bererti..
Airmata yang tumpah umpama air yang jatuh dari daun keladi
setiap titisannya tidak mampu untuk menghilangkan resah dihati

kesusahan hidup yang aku alami
membuatkan aku mampu untuk  berdiri di kaki sendiri
perjalanan hidup yang penuh mencabar mendewasakan aku
untuk terus berdikari
walau kekadang aku merasa putus asa dengan semua ini
tetapi itu tidak menghalang untuk aku teruskan hidup

<*.*>

Saturday, 15 February 2014

DIA??

3:56 PM
26/5/2013

tidak aku sangka dirimu begitu
di sebalik wajahmu yang ceria itu
..sebenarnya banyak tersimpan duri yang tajam dan menyakitkan
kami tidak mengharapkan dirimu untuk sempurna
tapi cukuplah sekadar tidak menyusahkan orang lain
Dirimu yang aku kenal dahulu amat berbeza kini
engkau ibarat orang asing kurasakan
kehadiranmu kurasa hanya membuatkan aku gelisah
dan kekadang kurasa ingin menjauhi dirimu

Bukan niat ku untuk menyakiti hatimu
tapi aku amat takut untuk dekat denganmu
dirimu umpama ancaman buatku
Aku tidak lagi rasa selesa...
Maafkan aku sahabatku..
Aku sayangkan kau...
tapi dirimu yang membuatkan aku menjauhimu...

Cerpen

Sinar Kasih Ayah 


“Hoi,banguuuuun!” Adus,tarzan  mana  yang  menjerit  di  telinga  aku  yang  sememangnya  penuh  dengan  emas  berharga  ni?

“Alah,along! Apa  jerit-jerit  ni? Ingat  angah  tak ada  telinga  ke?”

“Memang  kau  tu  tak  ada  telinga.Balik-balik  aku  bangunkan  kau,tak  bangun-bangun.Dah  nak  putus  dah  leher  ni.Bangun  cepat!” Isy...nilah  kakak  aku,Nur  Amylia Khaleesyah,berumur  19  tahun,dua  tahun  lebih  tua  dari  aku,dua  patah  aku  tanya,dua  kali  ganda  patah  dia  jawab.

“Buat  apa  nak  bangun  awal? Hari  ni  kan  hari  Ahad?”

“Ahad  kepala  otak  kau! Hari  ni  hari  Isnin  laaa! Bangun  cepat! Dah  jam  6:30 pagi ni.”

“Apa? Isnin? 6:30? Allah...along,kenapa  tak  cakap  awal-awal?” Aku  terus  malompat  dari  katil.Alamak,nak  mandi  dah  tak  sempat.Berus  gigi  dan  cuci  muka  sajalah.Dengan  pantasnya  aku  menyarungkan  uniform  sekolah.

“Rajinnya  angah  pergi  sekolah.Bukan  hari  ni  hari  Ahad  ke?” Along  sempat  menyindirku  sebelum  aku  melompat  masuk  ke  dalam  kereta  Toyoto  Camry  milik  ayah.

“Awal  angah  bersiap.Biasanya  nak  ambil  masa  30  minit  baru  nak  siap.Angah  tak  mandi  ke?” Alamak,dari  mana  pula  ayah  tahu  ni? Aku  Cuma  mempamerkan  gigiku  yang  putih  bersih.Chewah,macam  iklan  gigi  pula.

“Eeeh,angah  tak  mandi,eh?”

Eh,suara  sumbang  mana  pula yang  menyampuk ni? Dengan pusingan  90  darjah  aku  menoleh.

            “Eh,monyet,sejak  bila  pula  kau  ada  di  belakang? Angah  tak  nampak  pun.”

“Afieq  memang  dah  lama  ada  di  sini,angah  tu  yang  tak  perasan.Lagi  satu,berapa  kali  Afieq  nak  bagi  tahu  angah  yang  nama  Afieq,Muhammad  Afieq  Nazhan  Bin  Muhammad  Ariff  Izhan.Afieq,Afieq,Afieq! Bukan  monyet!”

Ni  lagi  budak  satu  ni,monyet  a.k.a  adik  lelaki  aku.Kalau  berdebat  dengan  aku  tak  pernahlah  nak  kalah.Sama  saja  perangai  macam  aku.Tak  apa,hari  ni  aku  ampunkankan  kau  sebab  kau  tahu  aku  tak  mandi.Tapi...hari  seterusnya,siap  kau!

Kereta  ayah  berhenti  di  depan  pintu  pagar  sekolahku  dan  monyet  ni,Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Beaufort.Aku  dan  Afieq  menyalami  tangan  ayah  sebelum  keluar  dari  perut  kereta.

“Belajar  rajin-rajin.Jangan  nakal-nakal.Dengar  apa  yang  guru  cakap.”

“Ya,ayah!” Aku  dan  Afieq  mengangkat  tangan  tanda  berjanji.Kereta  ayah  perlahan-lahan  menyusur  pergi.

Aku  kagum  dengan  ayah.Walaupun  dia  sibuk  menguruskan  syarikat,tetapi  dia  tetap  ada  masa  untuk  kami  tiga  beradik.

Sejak  arwah  ibu  meninggal  dunia  sepuluh  tahun  lalu  akibat  kanser  Leukimia,ayahlah  tempat  kami  bermanja.Dialah  ayah,dia  jugalah  ibu.Aku  masih  lagi  ingat  ketika  arwah  ibu  meninggal  dunia.Along,aku  dan  Afieq  menangis  dari  pagi  hingga  ke  malam.Tetapi  ayah,tidak! Setitis  air  mata  langsung  tidak  kelihatan  dari  mata  ayah.Tabah  sungguh  ayah  ketika  itu.

“Hoiii!”

“Hoiii,opocot  nenek  kau  merempit! Ya Allah,tak  guna  kau,monyet!” Aku  menarik  telinga  Afieq.Hah,rasakan  kau! Nasib  baik  aku  melatah  je.Kalau  aku  buka  langkah  silat  gayung  aku,tak  sia-sia  aku  bagi  persembahan  percuma  kepada  makhluk-makhluk  SMK  Beaufort.

“Angah  tu  yang  tak  guna,bukan  Afieq! Siapa  suruh,masa  berjalan  pun  nak  menghayal.Kalau  termasuk  dalam  longkang  tu,siap  yang  susah?”

“Oh,menjawab,eh? Sini  kau.” Belum  sempat  aku menarik  telinga  Afieq  untuk  kedua  kalinya,dia  sudah  berlari  seperti  lipas  kudung.Amboi,mentang-mentang  kau  tu  atlet  sekolah,aku  tak  boleh  kejarlah? Tunggu  kau.Aku  pun  atlet  juga  semasa  di  sekolah  Tabika  dulu  tahu.

“Riesyah!”

Siapa  pula  yang  panggil  aku  ni? Kelihatan  seseorang  perempuan  datang  menghampiriku.Eh,macam  kenal  saja.

“Hei,Riesyah! Kenapa  kau  buat  muka  macam  tu? Aku  Hani  la.Baru  dua  hari  tak  jumpa,kau  dah  lupa  muka  kawan  baik  kau  ni? Sampai  hati,” Hani  memuncungkankan  mulutnya  yang  sememangnya  muncung  itu.

“Alah,merajuklah pula.Hei,aku  tak  lupalah  muka  kawan  baik  aku  yang  comel  macam  patung  Barbie  ni.” Hah,kalau  nak  tahu,aku  ni  bukan  saja  atlet  semasa  di  sekolah  Tabika  dulu,tapi  aku  juga  mempunyai  bakat  dalam  acara  pujuk-memujuk  ni  tau.

“Hei,dahlah! Jom  masuk  kelas.Kita  dah  lambat  ni.Dahlah  masa  pertama  ni  masa  Cikgu  Ramlah.” Hani  menarik  tanganku  menuju  ke  kelas.Nanti,nanti! Cikgu  Ramlah? Tu  kan  Cikgu  Harimau  Betina? Mampus!

Ketika  kami  sampai  di  kelas,Cikgu  Ramlah  sudah  pun  memulakan  sesi  pembelajaran. “Hani,Riesyah! Kenapa  kamu  lambat? Kamu  tahukan  yang  cikgu  paling  pantang  kalau  ada  murid  yang  lambat  masuk  kelas?”

Harimau  betina  dah  beraksi...Dia  menggoyang-goyangkan  rotannya.Aku  dan  Hani  teguk  liur.Macam  mana  ni? Hani  menggengam  erat  tanganku.

“Waktu  rehat,jumpa  saya  di  bilik  disiplin.Sekarang  pergi  tempat  duduk  kamu.” Arah  Cikgu  Ramlah.Kami  akur.

            Kringg! Bunyi  loceng  kedengaran  menandakan  waktu  rehat.

            “Yeah,rehat! Jom  pergi  kantin.” Aku  bersorak  mengalahkan  pasukan  sorak.Buk! Hani  tiba-tiba  menampar  belakangku.

            “Adoi,apa  ni,Hani?”

            “Aku  peliklah  dengan  kau  ni,Riesyah! Aku  menggigil  habis  dalam  kelas  tadi  asyik  memikirkan  habuan  apa  yang  kita  akan  dapat.Tapi  kau,selamba  habis.Kau  ni  tak  ada  abdomen  ke?” Hani  membebel.Dah  macam mak  nenek  dah  Hani  ni.Asyik  membebel  saja  kerjanya.Aku  tadah  saja  telinga  ni. Maklumlah,kawan  dunia  akhiratlah  katakan.

            “Okey,okey,Hani! Tak  payah  fikirlah  benda  tu.Jom  pergi  jumpa  Cikgu  Harimau  Betina  tu.Alih-alih  pun,kita  dapat  rotan  di  punggung  je.” Kataku  sambil  menepuk  punggung.

Aku  dan  Hani  tiba  di  hadapan  bilik  disiplin.“Jom  masuk!” Aku  menarik  lengan  Hani.Kami  duduk  di  kerusi  yang  terletak  betul-betul  di  tengah  bilik  itu  sementara  menunggu  kehadiran  Cikgu  Ramlah.

Dalam  kebosanan  menunggu,aku  toleh  belakang.Pintu  yang  kami  masuki  tadi  tertutup  rapat.Aku  toleh  kiri,Ya  Allah,mambang  tanah,mambang  api, mambang  segala  mambang,aku  ingat  benda  di  sebelah  aku  ni  mayat,Hani  rupanya.Takut  sangat  ke  kawan  aku  ni  sampai  bibir  pun  pucat? Aku  toleh  kiri.Kaca  berbentuk  hati  terletak  kemas  di  ats  meja.Aku  pandang  de...Eh,tak  jadi.Aku  toleh  kiri  balik.Wah,cantiknya  kaca  tu!

Aku  berdiri  lalu  menghampiri  kaca  berbentuk  hati  itu  seperti  tarikan  magnet.Aku  belek-belek  kaca  tersebut.Ibu.Aku  teringtkan ibu.Ya,arwah  ibu  sangat  menyukai  kaca  berbentuk  hati.

Prang! Kelihatan  Cikgu  Ramlah  di  muka  pintu  dengan  muka  terkejut  memandang  ke  arahku.Lain  macam  saja  bunyi  pintu  tadi  tu.Bukan  sepatutunya  ‘bam!’  ke? Pintu  tu  buatan  apa,eh? Nak  juga  aku  syorkan  kepada  ayah  supaya  dia  tukar  semua  pintu  di  rumah  dengan  pintu  tu.Barulah  Afieq  yang  raja  segala  menghentak  pintu  tu  terkejut.Mahunya  sakit  jantung.Bwa...ha.. ha...Apa  yang  aku  merepek  ni? Eh,nanti! Kenapa  tangan  aku  kosong  semacam  saja? Bukan  ke  tadi  aku  pegang...Arghh,tidak!

“Nur  Emielyn  Ariesyah  Binti  Muhammad  Ariff  Izhan!”

Ampunkan  aku  cikgu.Apa  yang  aku  patut  buat? Pilihan  pertama,buat-buat  tak  tahu.Pilihan  kedua,pura-pura  pengsan.Pilihan  ketiga,lari!
Buat-buat  tak  tahu? Macam  mana  nak  buat-buat  tak  tahu  kalau  dah  benda  alah  tu  pecah  depan  mata  dia.Pura-pura  pengsan? Apa  kejadahnya  pula?Tiba-tiba  mereka  buka  baju  aku,tak  ke  malu? Lari? Hah,ni  lagilah  cadangan  tak  masuk  akal.Menempah  tiket  masuk  ke  dalam  rumah  dua  tiang  agaknya.

Cikgu  Ramlah  meghampiriku.Bulat  matanya  memandangku.Cikgu, janganlah  pandang  macam  tu,dah  nak  terkeluar  dah  biji  mata  cikgu  tu.

“Kamu  tahu  tak  berapa  harga  kaca  ni?”

“Manalah  saya  tahu,cikgu.Tapi,di  pasar  malam  tu  berlambak  benda  macam  ni.Kalau  cikgu  nak,saya  boleh  belikan.” Aku  memberikan  cadangan  yang  pastinya  akan  dijawab  dengan  satu  suara  yang...

“Kamu  fikir  benda  ni  cikgu  beli  di  pasar  malam  ke? Benda  ni  cikgu  tempah  khas  dari  Jepun,tahu  tak?” Hah,tu  dia.Suara  yang  pastinya  akan  menyebabkan  seluruh  tahi  telingaku  mencair.

“Maafkan  saya,cikgu! Benda  macam  ni  ada  banyak  di  rumah  saya.Kalau  cikgu  nak,saya  boleh  bagi  cikgu  satu.Cikgu  janganlah  risau  sebab  semua  benda  tu  ibu  saya  tempah  khas  daripada  Jepun  juga.”  Wah,Hani.terima  kasih! Kau  bukan  lagi  Hani  tapi  honey  aku.Buwek,nak  muntahlah  pula.

“Baik,cikgu  terima  tawaran  kamu  tu,Hani.Cikgu  tak  akan  rotan  kamu.Tapi  Riesyah,saya  tetap  akan  rotan  kamu!”

Apa? Ini  tidak  adil.Hani,yang  tadi  tu  kau  rasuah  cikgu  ke? Sampai  hati  kau,Hani.

AMARAN:Rasuah  salah  di  sisi  undang-undang!

            “Maafkan  saya,cikgu.Cikgu  tak  boleh  buat  macam  tu.Saya  pun  lambat  masuk  kelas  tadi.Jadi,saya pun  mesti  kena  rotan  juga.Tak  adillah  kalau  Riesyah  saja  yang  kena.” Hani,Hani,Hani.Hah,ni  yang  buat  aku  tambah  sayang  dengan  kau  ni.

            “Kalau  kamu  dah  nak  macam  tu,baiklah.Berdiri  di  sana.Cikgu  nak  rotan  kamu  berdua  sekaligus.Jimat  masa  sikit.” Cikgu  Ramlah  memberi  arahan.

            1,2,3,pak! Rotan  Cikgu  Ramlah  sebesar  jari  kelingking  melekat  kemas  di  punggungku  dan  Hani.

            “Kamu  boleh  keluar  sekarang.Lain  kali  jangan  buat  lagi.” Cikgu  Ramlah  sempat  memberi  nasihat.

            “Baik,cikgu!” Aku  dan  Hani  menjawab  serentak.

Waktu  pulang.

            “Angah!”

            Kenapa  berseri  semacam  saja  muka  adik  aku  ni? Hah,ni  lain  tak  bukan,mesti  dia  menang  dalam  pertandingan  makan  kuaci  dengan  kawan-kawan  dia  lah  ni.

            “Hei,kenapa  tengok  Afieq  macam  tu? Macam  tengok  Alien.”

            “Memang  tengok  alien  pun.” Aku  membalas  dengan  suara  antara  kedengaran  antara  tidak.

            “Apa? Angah  cakap  Afieq  alien?”  Wah  Fieq,tabiklah  angah  dengan  kau.Angan  rasa  apa  yang  angah  cakap  tadi  tu  cuma  semut  saja yang  dengar.

            “Ha’ah.” Aku  mengangguk.Cari  maut  agaknya  aku  ni.Belum  sempat  aku  dan  Afieq  memulakan  acara  bergusti,kereta  ayah  tiba-tiba  berhenti  di  depan  kami.Seperti  biasa,aku  masuk  ke  dalam  perut  kereta  di  tempat  duduk  hadapan.Afieq  pula  mengambil  tempat  di  belakang.

            “Assalammualaikum,ayah.” Aku  menyalami  tangan  ayah  diikuti  adikku.

            “Wa’alaikummussalam,macam  mana  di  sekolah  tadi? Okey?” Ayah  mengajukan  soalan.

            “Okey!” Dengan  sepantas  kilat  aku  meyahut.Afieq  hanya  diam.Malu  agaknya  nak  bagi  tahu  ayah  yang  dia  menang  pertandingan  makan  kuaci  tadi.

            “Syukur  Alhamdulillah.” Ayah  mengucap  kesyukuran  kerana  mendapat  anak  yang  soleh  seperti  aku  ini.He...He...


Tok!Tok!Tok! Alahai,siapalah  yang  datang  petang-petang  ni? Aku  mencapai  selendang  untuk  menutupi  kepalaku  sebelum  membuka  pintu.

            “Ya,cari  siapa?” Seorang  perempuan  sedang  berdiri  di  hadapan  pintu.Dia  memakai  baju  kurung  batik  berwarna  biru  dipadankan  dengan  tudung  bawal  juga  berwarna  biru.Sungguh  anggun  penampilannya.Ditambah  lagi  dengan  wajahnya  yang  putih  berseri.Langsung  tidak  tercalit  sebarang  alat  solek  pun  di  wajahnya.Aku  terpaku  seketika.

            “Maaf,dik.Ayah  ada  tak?” Soalannya  itu  menyedarkan  aku  dari  lamunan.

            “Ayah? Oh,ada! Sebentar,ya.” Aku  berlari  menuju  ke  bilik  ayah.Aku  mengetuk  pintu  sebelum  masuk.Ayah  sedang  membuat  kertas  kerjanya.

            “Ayah,ada  orang  nak  jumpa.”

            “Siapa?”

            “Entah.Perempuan.” Aku  memperlahankan  suaraku  ketika  menyebut  perkataan  ‘perempuan’.

            “Perempuan?” Ayah  mengerutkan  dahinya.Perlahan-lahan  ayah  berdiri  lalu  keluar  daripada  bilik  itu.Dia  menuju  ke  pintu  utama.Ayah  tersenyum  lebar  tatkala  terpandang   wanita  itu.Ayah  menjemput  wanita  itu  masuk.Wanita  itu  duduk  berhadapan  dengan  ayah.Mereka  sedang  berbincangkan  sesuatu.Wajah  ayah  kelihatan  tegang.

            Kenapa  aku  rasa  tak  sedap  hati  ni? Macam  rahsia  negara  saja  yang  mereka  sedang  bincangkan  tu.Tak  boleh  jadi  ni! Aku  nak  tahu  juga  apa  yang  mereka  sedang  bincangkan.

            Perlahan-lahan  aku  merapatkan  telinga  ke  dinding.Aik,kenapa  tak  dengar  apa-apa  ni? Aku  pandang  semula  ke  arah  mereka.Ya  Allah,kenapalah  kau  ni  bodoh  sangat  Ariesyah,patutlah  tak  dengar  kalau  kedudukan  mereka  nun  jauh  beribu  batu.Dahlah  suara  mereka  tu  hanya  semut  saja  yang  dengar.

            Aku  berjalan  perlahan-lahan  mendekati  mereka.Aku  bersembunyi  di  sebalik  pasu  bunga  yang  saiznya  labih  kurang  seperti  aku.Aku  memasang  telinga.Aik,sini  pun  tak  dengar  juga? Ini  dah  melampau! Rahsia  sangat  ke  apa  yang  mereka  bincangkan  tu? Ahh,biarlah! Berbincang  mengenai  kerja  agaknya  tu.Aku  menyedapkan  hati.

            “Angah,apa  yang  angah  buat  tu?” Alamak! Aku  menoleh.Afieq  memandangku  kehairanan.

            “Angah?” Opsss,tembelang  dah  pecah! Perlahan-lahan  aku  menoleh  ke  arah  ayah.“Hai.” Aku  melambaikan  tangan  ke  arah  ayah  dan  wanita  itu.Arghh,malunya! Mana  nak  letak  muka  ni? Dahlah  pasu  bunga  di  sebelah  aku  ni  penuh  dengan  ranting  entah  apa-apa.

            “Tak  apalah,Ariff.Saya  minta  diri  dulu.”  Wanita  itu  tiba-tiba  bersuara. Meminta  izin  untuk  meminta  diri.Fuhh,lega! Tak  perlulah  aku  nak  sorok  muka  aku  ni  di  dalam  pasu  bunga  tu.

            “Apa  yang  angah  buat  tu? Mencangkung  macam  nak...” Dahlah  monyet! Aku  dah  malu  tahap  karma  ni.Kau  masih  nak  tanya? Ada  juga  yang  kena  makan  penampar  aku  ni.

            “Suka  hati  angahlah! Yang  Afieq  menyibuk  apa  hal?” Hah,kan  dah  kena  sedas.Nak  lagi?

            “Oh,angah  curi  dengar  perbualan  ayah,eh?” Afieq  meneka.Yeah,Afieq! Kau  meneka  dengan  tepat  sekali.Satu  tepukan  untuk  adik  kesayanganku.Aku  menjelirkan  lidah  kepada  Afieq.Aku  berjalan  menuju  ke  bilikku.Nasib  ayah  tidak  bertanya  apa-apa.


“Along,angah,Afieq! Mari  sini  sekejap.Ayah  nak  cakap  sesuatu.” Kedengaran  suara  ayah  memanggil  kami.Along  menuju  ke  ruang  tamu  di  mana  ayah  berada  diikuti  oleh  aku  dan  Afieq.Along,aku  dan  Afieq  melabuhkan  punggung  di  atas  sofa  berhadapan  dengan  ayah.Ayah  menatap  kami  satu  persatu.
            “Ayah  nak  bagi  tahu  kamu  sesuatu.Tapi,ayah  harap  kamu  jangan  terkejut  dan  ayah  harap...kamu  terima  keputusan  ayah  ni.” Along,aku  dan  Afieq  memandang  ayah.

            “Sebenarnya  ayah...” Kami  menanti  ayat  yang  akan  keluar  daripada  mulut  ayah.Dub,dab! Dub,dab! Kuatnya  bunyi  degupan  jantung  ni.Aku  punya  ke?

            “Sebenarnya  ayah...” Ya  Allah,ayah! Cepatlah! Dah  nak  tercabut  dah  jantung  ni.

            “Sebenarnya  ayah  nak  kahwin  lagi.”

            Oh,ayah  nak  bagi  tahu  tu  je.Ayah  nak  kah...Apaaa? Apa? Apa? Apa? Ayah  nak  kahwin  lagi? Tidaaaak! Aku  tak  nak!

            Kami  diam  seketika.Air  mata  sudah  mula  bertakung  di  tubir  mataku. Hanya  menanti  untuk  jatuh  saja.

“Siapa  ayah?” Aku  gagahkan  diriku  untuk  bertanya.Walaupun  aku  tahu  apa  saja  ayat  yang  keluar  dari  mulut  ayah  ketika  itu  pasti  akan  memilukan  hatiku.

“Wanita  yang  datang tadi.” Perlahan  saja  suara  ayah  menjawab. “Nama  dia  Nur  Aryanie  Abdullah,rakan  sepejabat  ayah.Ayah  harap...”

            “Tak  nak! Angah  tak  nak!” Aku  memotong  percakapan  ayah.Aku  tidak  sanggup  untuk  mendengar  ayat  seterusnya  daripada  ayah.Aku  tak  sanggup! Aku  berlari  menuju  ke  bilikku.Manik-manik  jernih  sudah  mengalir  di  pipiku.

            “Betulkah,ayah?” Along  bertanya.Ingin  mendapat  kepastian  dari  ayah.Ayah  mengangguk.

            “Ayah  dah  jangka  benda  ni  akan  jadi.Ayah  dah  lama  pendam  perkara  ni.Ayah  tak  sanggup  nak  bagi  tahu  kamu  sebab  ayah  tahu  pasti  angah  tak  akan  setuju.Tapi  hari  ni,ayah  terpaksa  bagi  tahu  kamu  sebab  ibu  bapa  Aryanie  sekarang  sedang  nazak  di  kampung.Mereka  nak  ada  pengganti  mereka  yang  akan  menjaga  Aryanie  nanti.Ayah  tak  sanggup  nak  tolak  permintaan  ibu  bapa  Aryanie.”

            “Ayah  dah  kenal  dia  sejak  bila?” Kali  ni  Afieq  pula  yang  bertanya.

            “Ayah  dah  lama  kenal  dia.Sebenarnya  dia  tu  kawan  arwah  ibu.Kawan  baik  arwah  ibu  tapi  ayah  tak  berapa  rapat  dengan  dia.Ayah  mula  rapat  dengan  dia  selepas  setahun  arwah  ibu  meninggal  dunia.Masa  tu,ayah  masih  belum  ada  perasaan  lagi  dengan  dia.Lama  kelamaan,ayah  mula  tertarik  dengan  dia  sebab  dia  baik,mengambil  berat,penyayang.Serupa  dengan  arwah  ibu.Sejak  tu,ayah  mengambil  keputusan  untuk  mengambil  dia  sebagai  pengganti  arwah  ibu.Sekarang,ayah  dah  tak  tahu  macam  mana  lagi  nak  pujuk  kamu  bertiga  supaya  terima  keputusan  ayah  ni.”

            “Macam  nilah  ayah.Along  setuju  ayah  nak  kahwin  lagi.Jadi,mengenai  angah,biar  along  yang  pujuk  dia.”

            “Afieq  pun  setuju  ayah  kahwin  lagi.Sekurang-kurangnya  ada  juga  yang  tolong  Afieq  basuh  pakaian.Afieq  dah  penatlah  asyik  basuh  kain  ni.” Afieq  merungut  seperti  budak  kecil  berumur  lima  tahun.Padahal  umur  dah  manginjak  16  tahun.Anak  bongsulah  katakan.

            “Terima  kasih  along,Afieq! Terima  kasih  sebab  kamu  faham  keadaan  ayah.”

            “Ayah,tu  kan  dah  tanggungjawab  kami.Bantu  ayah,sentiasa  berada  di  sisi  ayah.” Along  menggenggam  erat  tangan  ayah.Afieq  pula  mengurut  bahu  ayah.Along  berdiri  lalu  berjalan  manuju  ke  bilikku.

            “Angah,boleh  along  masuk?” Kedengaran  suara  along  meminta  izin  untuk  masuk.Aku  membatukan  diri  di  hujung  katil.Krak! Kedengaran  pintu  bilikku  dibuka.Isy..along  ni,ada  angah  bagi  kebenaran  masuk  ke? Nasib  baik  tak  sempat  nak  kunci  pintu  tadi.Kalau  tak,jadi  tugu  negaralah  along  di  luar  tu.

            “Angah,kenapa  duduk  dalam  gelap  ni?” Along  menuju  ka  arahku.Along  melabuhkan  punggungnya  di  sebelahku.Aku  hanya  diam.

            “Angah,arwah  ibu  dah  lama  pergi.Hampir  sepuluh  tahun  dah  angah. Sepanjang  sepuluh  tahun  tu  ayah  kesunyian.Sepanjang  tu  juga  ayah  kehilangan  kasih  sayang  seorang  isteri.Angah  fahamkan  maksud  along?”

            “Along,angah  tahu.Tapi,angah  belum  sedia  untuk  menerima  kehadiran  seseorang  dalam  keluarga  kita.Sepuluh  tahun  tu  belum  cukup  lagi  untuk  angah  melupakan  arwah  ibu.Angah  rasa  seperti  baru  kelmarin  ibu  pergi.” Aku  tidak  dapat  membendung  lagi  air  mataku.Aku  memeluk  along.Aku  menyembamkan  wajahku  di  bahu  along.Ya  Allah,Kau  bantulah  hamba-Mu  ini.

            “Ya,along  faham.Tapi,demi  kebahagiaan  ayah,angah  mesti  berkorban.Dah  tiba  masanya  ayah  mencari  pengganti  arwah  ibu.Angah  kan  dah  17  tahun.Dah  boleh  bezakan  mana  yang  baik  dan  mana  yang  buruk.Kita  dah  besar,angah. Kita  bukan  selama-lamanya  akan  berada  di  samping  ayah.”

            Air  mataku  semakin  deras  mengalir.Perlahan-lahan  aku  mengangguk. Sikapku  memang  serupa  dengan  arwah  ibu,mudah  dipujuk.

            Semoga  kebahagiaan  bakal  dikecapi  oleh  ayah.Amin.


Dari  jauh,kedengaran  paluan  kompang  mengiringi  pengantin  lelaki  yang  sedang  menuju  ke  rumah  pengantin  perempuan.Aku  berdiri  di  beranda  rumah  Aryanie.Wanita  yang  bakal  mengganti  tempat  arwah  ibu  dalam  hidup  kami. Wanita  yang  berjaya  mencuri  hati  ayah.Wanita  yang...Astaghfirullahalazim.Ya  Allah,Kau  jauhkanlah  aku  daripada  hasutan  syaitan  yang  direjam.

            Kulihat  Afieq  menjadi  pengapit  ayah  manakala  along  pula  menjadi  pengapit  Aryanie.Wah,wah,wah  along,baju  sarat  dengan  labuci,tudung  ala-ala  Yuna.Make  up? Hmm,apa  lagi,bulu  matalah  yang  paling  menonjol.Along,along, yang  jadi  raja  sehari  ni  along  ke  Aryanie?

            Akibat  tidak  betah  menunggu  acara  bersanding  selesai,aku  pergi  ke  dapur.Jadi  tikus  sekejap.Ayam  masak  kicap,sayur  kobis,ulam-ulaman  dan  beberap  lagi  jenis  masakan  yang  aku  tidak  tahu  apa  spesiesnya. Aduh,semuanya  makanan  yang  tidak  menyelerakan.

            Tiba-tiba,bulu  romaku meremang.Seperti  ada  sejenis  aura  yang  memanggil.Aku  mesti  cari  dari  mana  punca  aura  ni.Aku  tengok  atas,bawah,kiri, kanan,depan  dan  belakang.Hmm,rasanya  aku  ada  nampak  ‘something’ lah  masa  toleh  belakang  tadi.Benda  tu  tadi  seperti...berwarna  coklat. Coklat? Hah,aku  tahu! Yeepy,akhirnya  jumpa  juga.Kek  lapis  kegemaranku.Patutlah  aura  dia  tu  kuat  sangat.Kau  panggil  aku  rupanya  wahai  sang  kek  lapis.Sebentar  lagi,kau  akan  menjadi  milik  aku.Wah...Ha...Ha...

            Dalam  usaha  aku  untuk  mencapai  kek  lapis  yang  terletak  di  atas  peti  sejuk  itu,tidak  semena-mena  satu  tangan  yang  sangat-sangatlah  penyibuk  bagi  aku  telah  mengambil  sang  kek  lapis  itu.Tidaaak!

            “Hoi,suka  hati  kau  je  kan  nak  ambil  benda  tu! Kau  tak  nampak  ke  aku  yang  sedang  berusaha  untuk  ambil  benda  tu?” Hah,kan  dah  kena  sembur  air  liur  emas  aku.

            “Hei,tempias  tahu  tak! Aku  yang  ambil  benda  ni  dulu,aku  punya  la!” Penyibuk  a.k.a  lelaki  itu  membalas  seraya  meraup  wajahnya  akibat  terkena  semburan  air  liur  emas  aku.Tak  boleh  jadi  ni! Demi  kek  lapis  kesayanganku, aku  rela  berjuang!

            “Aku  yang  nampak  dulu,akulah  yang  punya!” Tanpa  memperdulikan  kata-kataku,lelaki  itu  tanpa  rasa  bersalah  memasukkan  kek  lapis  itu  ke  dalam  mulutnya.Kemudian  dia  berlalu  begitu  saja.Grrrr...Penyibuk  ni  memang  nak  kena  bom.Ini  yang  menyebabkan  beta  berasa  murka.Nasib  baik  muka  kau  lawa.Kalau  tak,dah  lama  aku  tembak  guna  mechine  gun.


Sebulan  kemudian,

            “Hei,perempuan! Aku  suruh  kau basuh  pakaian  tu  guna  tangan,bukannya  guna  mesin! Kau  ni  pekak  atau  memang  tak  ada  telinga?” Sindiran  pedas  itu  menusuk  tajam  di  telingaku.

            Semua  ibu  tiri  memang  macam ni  ke? Kejam! Depan  ayah  ditatangnya  aku  mengalahkan  minyak  yang  penuh.Di  belakang,usah  cakap,ditengking, disepak,malah  diterajangnya!

            Along  dah  berpindah  ke  Johor  kerana  mendapat  tawaran  menyambung  pelajaran  di  sana  dalam  bidang  kedoktoran.Selepas  seminggu  perkahwinan  ayah,dia  terus  berangkat.Afieq  pula  masuk  asrama  di  SMK  Beaufort.Nak  berdikari  katanya.Hmm,memang  sesuailah  alasan  kau  tu  nak  masuk  asrama. Dah  macam  kanak-kanak  Ribena  dah  kau  di  rumah  ni.Akibatnya,akulah  yang  menjadi  mangsa  keadaan.

            Pernah  juga  sekali  aku  mengadu  dengan  ayah  yang  perempuan  tu  ‘dera’  aku.Tapi,ayah  kata  itu  sebab  dia  nak  didik  aku,nak  aku  jadi  anak  yang  taat  dan  soleh.Didik  apanya  kalau  dah  siap  disepak  terajang.Kalau  dia  sepak  terajang  aku  sebab  tak  solat  tak  apa,ni  tak,aku  satakat  tak  ‘ter’basuh  sehelai  pakaian  dah  dibelasahnya.

            Dah  tu,asal  aku  tak  ikut  cakap,mulalah  nak  mengadu  dengan  ayah,bagi  ceramah  tentang  dosa.Dosa  memanjang.Pahalanya  tiada.Apa  yang  aku  buat  semuanya  dosa.Padahal  aku  tengok,tak  juga  dia  ni  solat.Bila  ditanya,uzur.Uzur  memanjang.Kaya  darah  betul  dia  ni.Dah  tu  kuku  dicatnya  dengan  perwarna  kuku.Ayah  tak  pernah  tegur  ke?Barulah  aku  tahu  bahawa  ‘cinta  itu  membutakan’.

            “Kenapa  kau  pandang  aku  macam  tu? Aku  bagi  tahu  bapa  kau!” Hah,betulkan  apa  aku  cakap? Diugutnya  aku,nak  bagi  tahu  ayah.

            “Cuci  baju  ni  semula!” Arghh, sabar! Sabar! Aku  mencapai  bakul  yang  sarat  dengan  pakaian  itu  kemudian  dengan  berhati-hati  aku  masuk  ke  dalam  bilik  mandi.Ya  Allah,Kau  tabahkanlah  hatiku.

            “Assalammualaikum,Yanie,abang  dah  balik!” Kedengaran  suara  ayah  memberi  salam.Awalnya  ayah  balik.Biasanya  sebelum  Maghrib  baru  balik,ni  Zohor  pun  belum,dah  terpacak  di  depan  pintu.

            Aku  berlari-lari  anak  untuk  menjemput  ayah.Langkahku  terhenti  di  tangga  apabila  melihat  Aryanie  menyalami  tangan  ayah.Aku  merasakan  ada  sesuatu  yang  kurang.Sangat  kurang.Ayah  tiada  menyebut  namaku,dia  cuma  meyebut  nama...Yanie.Ya,Yanie  ialah  nama  panggilan  Aryanie.

            Aku  berdiri  di  tangga.Mengharapkan  agar  ayah  menegurku.Aku  tunggu  dan  terus  menunggu.Harapanku  punah  sama  sekali.Ayah  langsung  tidak  menegurku.Ayah  penat  sangat  agaknya.Aku  kembali  ke  bilik  mandi.Meneruskan  kerja  mancuci  baju.Aku  teringat  keputusan  peperiksaan  percubaan  semester  pertama  yang  aku  peroleh.Agak  cemerlang.Aku  terseyum  seketika.Tidak  sabar  rasanya  menunjukkan  keputusanku  itu  kepada  ayah.Mesti  ayah  bangga  denganku.

            Selesai  mencuci  baju,aku  terus  berlari  ke  bilik.Ku  capai  kertas  keputusanku.Aku  menuruni  satu  persatu  anak  tangga.Kulihat  ayah  sedang  menonton  Sinetron  bersama  dengan  Aryanie.Perlahan-lahan  aku  menuju  ke  arah  ayah.

            “Ayah,angah  ada  sesuatu  nak  tunjuk  pada  ayah.”

            “Apa  dia?” Ayah  bertanya  acuh  tak  acuh.Ayah  langsung  tidak  memandang  ke  arahku.Aku  diam.Lantas,ayah  menoleh  ke  arahku.

            “Angah,kalau  tak  ada  hal  nak  bagi  tahu  ayah,tak  perlulah  nak  jumpa  ayah.Ayah  tak  ada  masa  nak  layan  kerenah  angah  tu.Ayah  penat  tahu!” Suara  ayah  meninggi.

            Ya  Allah,benarkah  apa  yang  aku  dengar  ni? Ayah,selama  ni  ayah  tak  pernah  nak  tengking  aku.Ayah  dah  berubah.Dengan  perempuan  tu  ayah  ada  masa,tapi  dengan  anak  ayah  sendiri,sesaat  pun  tak  ada  ke  dalam  jadual  masa  ayah?Kertas  yang  kupegang  kugenggam  erat.Dengan  langkah  longlai  aku  beredar.Sempat  lagi  aku  memandang  ke  arah  Aryanie.Dia  tersenyum. Puas! Dia  puas  kerana  dapat  meracuni  ayah.


“Riesyah,hari  ni  tugas  kau  menyapu  kelas.” Hani  berkata. Mengingatkan  aku.

“Ya,aku  tahu! Sekejap  lagi  aku  buatlah.”  Aku  duduk  di  atas  kerusi.Aku  rasa  pening.

“Riesyah,kau  sihat  ke  ni? Muka  kau  nampak  pucat.”

“Aku  okey.Kurang  tidur  agaknya.Lepas  aku  makan  ubat  di  rumah  nanti  baiklah  tu.Aku  nak  pergi  tandas  sekejap.” Selangkah,pandanganku   masih  jelas,dua  langkah,pandanganku  mulai  kabur,tiga  langkah,pandanganku  menjadi  gelap.

“Riesyah!” Aku  mendengar  Hani  menjerit  namaku.Selepas  itu,aku  tidak  sedarkan  diri  lagi.

“Angah,bangun.” Afieq? Perlahan-lahan  aku  membuka  mata.Kelihatan  Afieq  berada  di  sebelah  kananku  manakala  Hani  pula  berada  di  sebelah  kiriku.

“Angah,jom  kita  pergi  klinik.Afieq  pergi  telefon  ayah.”

“Tak  perlulah,Fieq.Ayah  mesti  sibuk  di  pejabat  tu.Kasihan  pula  dengan  ayah,nak  datang  sini  lagi.” Aku memandang  Afieq  dengan  wajah  lima  sen.

“Okey,tapi  angah  mesti  janji dengan  Afieq,lepas  balik  rumah  nanti,angah  mesti  makan  ubat!”

Afieq,walaupun  aku  sering  cari  gaduh  dengan  kau,bergusti  dengan  kau, tapi  kau  tetap  ambil  berat  mengenai  aku.Kalaulah  kau  tahu  apa  yang  Aryanie  dah  buat  dengan  aku  di  rumah  tu,tentu  kau  akan  melindungi  aku  dan mempertahankan  aku.

Petang  itu,aku  pulang  ke  rumah  dengan  menumpang  van  saja.Selama  ini  ayah  yang  menjemputku.Tapi  hari  ini  tidak.Bukan! Bukan  untuk  hari  ini  saja  ayah  tidak  menjemputku,malah  sudah  dua  minggu.Alasannya,penat.Ayah?
Selama  ini  ayah  tak  penat  ke  jaga  kami  seorang  diri? Sepatutnya,dengan  kehadiran  isteri  baru,ayah  lebih  bersemangat  untuk  menjaga  anak-anak,bukan  bersemangat  hanya  untuk  menjaga  isteri  baru  tu  saja! Ah,lantaklah!


Hari  ini  10  Mac,10  Mac,10  Mac.Hmm,macam  sebati  sangatlah  aku  dengan tarikh  ni.Tarikh  apa,eh? Oh ya,10  Mac  tu  kan  tarikh  hari  lahir  aku. Astaghfirullahalazim,kenapa  aku  boleh  lupa? Tiba-tiba  lagu  ‘Insya’Allah  dendangan  Maher  Zain  kedengaran.Aku  mencapai  telefonku  lalu  menekan  punat  berwarna  hijau.

            “Happy  birthday!” Ya  Allah,bergegar  kepala  otak  aku.

            “Along,apa  jerit-jerit  ni? Sakit  telinga  tau.” Aku  mengorek  telingaku.

            “Hei,janganlah  marah! Main-main  jelah.Hmm,macam  mana  mama  baru, okey?” Aku  terdiam  seketika.Otakku  ligat  berpusing  untuk  mencerita  perkara  sebenar  mengenai  Aryanie.

            “Okey.” Akhirnya  itu  saja  ayat  yang  keluar  daripada  mulutku.

            “Oh,baguslah.Eh,angah,along  nak  cepat  ni.Bye.Assalammualaikum.”

            “Wa’alaikummussalam.” Aku  mencampakkan  telefon  Samsung  Galaxy  Young ku  di  katil.Mataku  liar  memandang  persekitaran  bilikku.Pandanganku  jatuh  pada  jam  dinding  Casio  yang  tergantung  kemas  di  dinding.Jam  9:00  malam.Ayah  mana,eh? Dari  tadi  tak  balik-balik.Oh,ya! Aryanie  pun  tak  ada  di  rumah  ni.Ah,suka  hati  dialah  nak  pergi  mana  pun.Not  my  bussines!

            Aku  memeluk  patung  teddy  bear  pemberian  ayah  sempena  hari  lahirku  yang  ke-16  tahun.Tahun  lalu  patung  teddy  bear,dua  tahun  lalu  pun  patung  teddy  bear  juga,tiga  tahun  lalu  pun  teddy  bear.Tahun  patung  ni  teddy  bear  juga  ke? Hi..Hi..Tak  kisahlah,yang  penting  ayah  ingat  tarikh  lahir  aku.Hadiah  tak  penting.Ayah  dah  makan  ke? Baik  aku  pergi  masak  makanan.Mana  tahu  ayah  belum  makan.

            Jam  sudah  menunjukkan  angka  11:00  malam.Dah  nak  masuk  dua  jam  dah  aku  menunggu,ayah  belum  lagi  balik.Aku  pandang  sepi  makanan  yang  aku  masak  tadi.Sejuk.Jenuh  menunggu,aku  akhirnya  membuat  keputusan  untuk  naik  ke  bilik.Belum  sempat  kakiku  mendarat  di  anak  tangga  pertama, kedengaran  bunyi  enjin  kereta  Toyota Camry  milik  ayah  memasuki  perkarangan  rumah.Dengan  penuh  kegembiraan,aku  menuju  ke  pintu.Ketika  aku  membuka  pintu,kelihatan  wajah  ayah  dan...wajah  Aryanie.Dia  menunjukkan  muka  masam  kepadaku.Lantaklah  kau!

            Aku  menyalami  tangan  ayah.“Angah  belum  tidur  lagi?”

            “Belum,ayah.Angah  tunggu  ayah.Ayah  dah  makan? Angah  ada  masakkan  makanan  untuk  ayah.”
           
            “Tak  apalah,angah.Ayah  dah  makan  di  restoran  tadi  dengan  auntie.
Tulah,ayah  pesan  dengan  auntie  bawa  kamu  sekali,tapi  kamu  tak  nak.” Apa? Ayah  pesan  dengan  perempuan  tu? Eh,tak  ada  pun  dia  bagi  tahu  aku.

            “Ah,tak...” Aku  tidak  sempat  menghabiskan  ayatku,Aryanie  menyampuk.

            “Tak  apalah,bang.Abang  penat  kan? Jomlah  naik.” Arghh,tak  guna!

            “Ayah.” Langkah  ayah  terhenti. “Hari  ni  hari  lahir  angah.”

            “Astaghfirullahalazim,ayah  lupalah.Kenapa  angah  tak  bagi  tahu  auntie? Bolehlah  dia  ingatkan  ayah.Macam  nilah,esok  kita  pergi  Centre  Point.Angah  angkat  je  apa  yang  angah  nak.Ayah  bayarkan.”

            Asyik  Aryanie,Aryanie,Aryanie! Aku  bosanlah! Dia  tu  bukannya  boleh  diharap  sangat! Ingin  sekali  aku  mengeluarkan   kata-kata  itu,tetapi  ianya  hanya  terluah  di  hatiku.

            “Tak  apalah,ayah.Hadiah  tak  penting.Angah  cuma  nak  ayah  ingat  hari  lahir  angah  je.Tak  lebih  dari  tu.” Aku  berlalu  ke  bilik.

            Sekali  lagi  air  mataku  tumpah.Aku  tekup  wajahku  menggunakan  bantal.Ibu! Aku  benci  ayah! Akhirnya  aku  terlelap  ditemani  dengan  perasaan  yang  bercampur  baur.


“Selamat  pagi,angah!” Ayah  tersenyum  tatkala  terpandang  kelibatku. “Angah  pergilah  bersiap.Kita  pergi  Centre  Point.”

            “Tak  apalah,ayah.Angah  malaslah.Lagipun,angah  dah  janji  dengan  Hani  nak  ziarah  kubur  arwah  ibu  sama-sama.” Aku  memberi  alasan.

            “Angah  marah  dengan  ayah?”

            “Taklah  ayah.Angah  tak  salahkan  ayah  pun.Tapi,ayah  dah  jauh  sangat  berubah.Angah  tahu  ayah  sibuk,sebelum  ni  pun  ayah  sibuk  juga  kan? Tapi  ayah  masih  masa  ada  untuk  angah.Sekarang? Ayah  ‘ter’sangatlah  sibuk  nak  jaga  bini  baru  ayah  tu  sampai  hari  lahir  angah  pun  ayah  lupa!” Aku  melepaskan  sindiranku.Aku  berlalu  ke  dapur.Aku  terkejut  tatkala  terserempak  dengan  Aryanie.Aku  buat  endah  tak  endah.

            “Kau  ingat  kau  anak  dia,kau  boleh  buat  sesuka  hati  kaulah? Hei,jangan  harap! Bapa  kau  tu  dah  angau  dengan  aku! Semua  yang  aku  cakap,semua  dia  percaya.Bodoh  betullah! Bapa  dengan  anak  sama  saja! Ha..Ha..Ha..Tak  lama  lagi,aku  akan  buat  dia  buang  kau.Oh ya,bukan  setakat  kau,along  kau  dan  budak  Afieq  tu  pun  sama!”

            Pang! Lima  jariku  hinggap  di  pipi  Aryanie.

            “Perempuan  tak  guna!” Kali  ini  aku  menarik  rambutnya  pula.

            “Angah!” Kedengaran  suara  ayah  menjerit  namaku. “Apa  angah  buat  ni?” Ayah  memegang  pipi  Aryanie.Pedas  sangat  agaknya  aku  tampar  tadi.Naik  meluat  aku  tengok  lakonan  Aryanie  yang  mengada-ngada  tu.

            “Abang,tak  apalah.Angah  cuma  tampar  je.Tak  sakit  sangat  pun.Yanie  cuba  tegur  dia  jangan  nak  biadap  dengan  abang.Tiba-tiba  dia  tampar  Yanie. Lepas  tu,dia  tarik  rambut  Yanie.Ya..”

            “Ayah,jangan  percaya  cakap  perempuan  tu! Itu  semua  fitnah! Ayah...”

            “Cukup! Angah  kecewa  dengan  kamu! Dia  layan  angah  dengan  baik,tapi  apa  yang  angah  dah  buat  dengan  dia? Hah?”

            “Ayah,boleh  tak  ayah  jangan  asyik  nak  menyebelahi  perempuan  tu? Ayah  tahu  tak  apa  yang  dia  dah  buat  dengan  angah? Ayah  tahu  tak? Dia  cuma  berlakon  macam  malaikat  depan  ayah! Tapi,di  belakang,mengalahkan  syaitan!”

            “Angah,jangan  cuba  nak  buru-burukkan  dia!”

            “Buruk  apanya,ayah? Memang  dah  perangai  dia  mengalahkan  syaitan!”

            Pang! Aku  meraba  pipiku.Pedih.Cecair  merah  mengalir  keluar  dari  mulutku.Aku  pandang  ayah.

            “Aku  benci  ayah!” Akhirnya  ayat  keramat  itu  keluar  dari  mulutku.Aku  berlari  keluar  daripada  rumah.Argh,aku  benci  semua  ni! Aku  berjalan  dan  terus  berjalan.Ke  mana  aku  harus  pergi? Kakiku  terasa  pedih  kerana  tidak  memakai  selipar.

            Akhirnya  aku  sampai  di  perkuburan  orang-orang  Islam.Aku  berjalan  menuju  ke  kubur  arwah  ibu.Rumput-rumput  sudah  tumbuh  meliar  di  kubur  arwah  ibu.Aku  mencabut  rumput-rumput  tersebut  lalu  mencampaknya  di  tepi. Akhirnya,aku  terlelap  di  situ.


Ayah  berjalan  mundar-mandir  di  ruang  tamu.Fikirannya  buntu.Mana  angah  ni? Tak  balik-balik.Sekarang  dah  jam  7:30  malam.Ayah  berasa  bersalah  kerana  menampar  angah.Dia  tidak  tahu.Laju  saja  tangannya  menampar  pipi  anaknya  itu.

            “Sudahlah  tu,bang! Tak  ke  mana  budak  tu  pergi.Alih-alih,dia  pergi  rumah  kawan  dia  tu.” Aryanie  meletakkan  secawan  kopi  O  di  atas  meja.

            “Kawan  dia  yang  mana  lagi? Kawan  baik  dia  cuma  budak  Hani  tu  je. Abang  dah  telefon  dia.Dia  cakap  angah  tak  ada  dengan  dia.Abang  risaulah.” Ayah  mencapai  kunci  keretanya  lalu  keluar.

            “Eh,abang  nak  pergi  mana  tu?”

            “Cari  angah.”

            “Esok  sajalah,bang.Ni  dah  malam  ni.” Ayah  tidak  mengendahkan  Aryanie.Laju  saja  kereta  Toyota  Camry milik  ayah  berlalu  pergi.Tujuannya  sekarang  hanyalah  satu,cari  angah.


Aku  tersedar  dari  tidur  lalu  aku  duduk.Aduh,bumi  berpusing  atau  aku  yang  berpusing  ni? Peningnya.

            “Kau  okey?” Satu  suara  garau  bertanya.Aku  menoleh.Eh,macam  kenal. Ahh,baru  aku  ingat!

            “Penyibuk!” Aku  menunding  jari  ke  arah  lelaki  itu.

            “Hei,tahulah  kau marah  pasal  insiden  kek  lapis  tu,tapi  tak  perlulah  nak  panggil  aku  ‘penyibuk’!” Oh,kau  masih  ingat  rupanya.Nanti,bukan  tadi  aku  di  kuburan  ke? Ini  hospital  atau  klinik? Macam  mana  aku  boleh  ada  di  sini?

            “Aku  yang  bawa  kau  ke  klinik  ni.Aku  jumpa  kau  di  perkuburan  orang-orang  Islam.Baring-baring  macam  nak  minta  kena  kubur  je  gaya  kau.Tak  pakai  selipar  pula  tu.Hei,kau  lari  dari  rumah  ke?” Amboi,sedapnya  mulut  kau  berbicara.

            “Cik  Emielyn  Ariesyah?” Seorang  doktor  wanita  memanggil  namaku.

            “Ya,saya!” Dia  meghampiriku.Tag  nama  terlekat  kemas  di  bajunya. Jessica.Rambutnya  lurus  keperangan.Wajahnya  seperti  kacukan  Belanda.

            “Cik  Emielyn,saya  sarankan  agar  cik  buat  pemeriksaan  lanjut  di  Hospital  Queen  Elizabeth.Kalau  boleh,dengan  secepat  mungkin.Saya  takut  kalau  cik   mungkin  menghidapi  sebarang  penyakit  berbahaya.”

            “Emielyn? Ariesyah? Ah,tak  kisahlah  apa  pun.Kau  nak  aku  hantar  kau  ke  rumah  atau  telefon  famili  kau?” Tanpa  dipinta,lelaki  itu  mengeluarkan  telefon  jenama  Blackberry nya.

            “Jangan! Kau  hantar  aku  ke  Hospital  Queen.”

            “Okey! Kak,aku  hantar  budak  ni  ke  hospital  dulu.” Suka  hati  jiwa  raga  kau  saja  panggil  aku  budak.Hei,umur  aku  dah  17  tahun  lah!

            “Bayaran?” Aku  buat  muka  blur.

            “Klinik  ni  kakak  aku  yang  punya.Jadi,pasal  bayaran  tu,aku  suruh  dia  halalkan  jelah.Oh ya,nama  aku  Amrirrul.Kau  boleh  panggil  aku  Am.” Dia  memberikan  senyuman  comel  kepadaku.Am? Pengajian  am  ke? He..He..Aiseh, sempat  lagi  kau  kan? Nak  usha  aku  lah  tu.

            “Nama  aku  Nur  Emielyn  Ariesyah.Panggil  Riesyah.” Nak  nombor  telefon  ke? Kalau  aku  bagi  kau  nombor  kad  pengenalan?

“Kanser  ni  jahat.Kita  tak  tahu  pada  peringkat  awal,tahu-tahu  saja  sudah  serius.Bila  sudah  serius,ia  akan  menular  dengan  cepat.Dan  penyakit  Cik  Ariesyah  sekarang  dah  melepasi  peringkat  kedua,sekarang  sudah  berada  di  tahap  agak  kritikal.Berkemungkinan  besar  jenis  darah  cik  akan  berubah  dan  ini  yang  amat  membimbangkan  kerana  hanya  satu  dalam  sejuta  manusia  yang  mampunyai  persamaan  darah  dengan  cik.”

Kata-kata  itu  masih  terngiang-ngiang  di  telingaku.Sudah  seminggu  kejadian  aku  bergaduh  dengan  ayah  dan  seminggu  yang  lepas  juga  aku  telah  mengetahui  penyakit  yang  aku  hidapi.Leukimia.Penyakit  yang  mengorbankan  nyawa  ibu.Dan  bakal  mengorbankan  nyawaku.

Aku  berjalan  menuju  ke  meja  solek.Kulihat  wajahku  di  cermin.Wajahku  sayu  dan  pucat.Bibirku  kering.Kuusap  rambutku  dan  Ya  Allah...beberapa  helai  rambut  luruh  dalam  genggamanku.Mataku  mulai  berkaca.Aku  tabahkan  hatiku  agar  tidak  menangis.Tetapi,itu  hanya  untuk  seketika.Sedikit  demi  sedikit  air  mataku  mula  mengalir.Ya  Allah,sekiranya  ini  memang  takdir  buatku,Engkau  tabahkanlah  hatiku.Aku  tidak  akan  memberitahu  sesiapa  mengenai  penyakit  ini. Biarlah  aku  sendiri  yang  menanggungnya.Ya,akan  aku  tanggung  sehingga  pengakhiran  hayatku.

Perlahan-lahan  mataku  terpejam  dan  akhirnya...gelap.


Ayah (Muhammad Ariff Izhan)
~ Demi  anak-anak  dan  demi  sebuah  dosa,akan  aku  lakukannya!
Entahlah,waktu  itu  aku  seperti  dipukau.Sejak  aku  berkahwin  dengan  Nur  Aryanie,aku  seperti  berada  di  awang-awangan.Aku  sanggup  melakukan  apa  saja  untuknya  sehingga  aku  sanggup  menampar  pipi  anakku.Namun,mujurlah aku  sedar,aku  tidak  terus  menuruti  kemahuan  wanita  itu.
Ketika  kejadian  angah  lari  dari  rumah,aku  keluar  mencarinya.Apabila  aku  kembali  ke  rumah,Aryanie  memarahiku  kerana  keluar  mencari  angah.Dia  memaki  hamun  angah.Laju  saja  tanganku  menampar  pipinya.Akibat  daripada  perbuatanku  itu,diriku  pula  dimaki  hamun.Aku  yang  seperti  baru  bangun  dari  tidur  menghalaunya  keluar  dari  rumahku.
Aku  nekad,aku  akan  menceraikannya.Aku  tidak  memerlukan  seorang  isteri  yang  menyakiti  anak-anakku.Nur  Amylia  Khaleesyah,Nur  Emielyn  Ariesyah  dan  Muhammad  Afieq  Nazhan,ayah  tidak  akan  kecewakan  kamu.Ayah  akan  memberi  impak  pada  masa  depan  kamu.Kini,ayah  sudah  sedar  dari  lena, sudah  bangkit  dari  alpa.Mari  kita  bina  keluarga  bahagia  bersama-sama.Ayah  akan  jaga  kamu  sehingga  pengakhiran  hayat  ayah.Itu  janji  ayah.Semoga  janji-janji  itu  tidak  akan  menjadi  ular  dan  membelit  tubuh  ayah  di  akhirat  kelak.
 

Along (Nur Amylia Khaleesyah)
~ Aku  menyayangi  ayah,angah  dan  Afieq  melebihi  segala-galanya.
            Aku  sebagai  kakak  yang  sulung  bertanggungjawab  menjaga  ayah  dan  adik-adikku.Kini  aku  melanjutkan  pelajaran  di  Johor  dan  tinggal  di  asrama. Sejujurnya,aku  berasa  berat  hati  untuk  meninggalkan  keluargaku,tetapi  demi  mengejar  ilmu,aku  terpaksa.
Sudah  tiga  bulan  aku  tidak  pulang  ke  rumah, menjenguk  mereka  kerana  sibuk  dengan  assigement.Bagaimanakah  keadaan  mereka  sekarang? Adakah  ayah  masih  sihat? Angah? Afieq? Ya  Allah,aku  sangat  merindui  kamu.Apabila  tugasanku  sudah  selesai,aku  pasti  akan  pulang  ke  rumah,melunaskan  rinduku  pada  kalian.Insya’Allah.


Afieq (Muhammad Afieq Nazhan)
~ “Nenek  kau  merempit!” Latahan  angah  pada  suatu  ketika  dahulu  masih  lagi  aku  ingati.Ha..Ha..Ha..Angah  memang  kelakar!
            Aku  sebagai  anak  bongsu  tidaklah  dimanjakan  sangat  sewaktu  kecil. Jauh  berbeza  dengan  angah.Dia  terlalu  dimanjakan  oleh  ayah.Aku  tidak  tahu  apakah  kelebihan  angah  jika  dibandingkan  dengan  aku  dan  along.Adakah  angah  lebih  iras  arwah  ibu? Ya,memang  tidak  dinafikan,wajah  angah  sangat  iras  ibu  terutamanya  pada  bahagian  mata  dan  mulut.Terkadang  aku  cemburu  dengan  angah.Walaubagaimanapun,aku  sangat  menyayangi  angah  dan  aku  tahu  angah  juga  menyayangi  aku.
            Masih  aku  ingat  suatu  ketika  dahulu,semasa  arwah  ibu  meninggal  dunia.Aku  menangis  tidak  henti-henti.Angah  memarahiku  kerana  asyik  menangis.Padahal  dia  menangis  lebih  dariku.Dia  memujukku  dengan  memberi  plastik  gula-gula.Sungguh  lucu  ketika  itu.Kini,aku  sudah  besar.Tambahan  pula aku  adalah  satu-satunya  anak  lelaki  dalam  keluargaku.Aku  berjanji  dengan  diriku.Akan  aku  lindungi  keluargaku.Itu  azam  aku.


Nur  Aryanie Abdullah
~ Aku  belum  mahu  kehilangan  dia! Akan  aku  balas  balik  apa  yang  telah  kau  lakukan  padaku! Aku  akan  pastikan  kau  merana!
            ‘Sikap  tidak  seindah  nama’. Ayat  inilah  yang  sering  dilemparkan  kepadaku  bagi  lelaki  yang  pernah  aku  kahwini.Ya,aku  mangiakannya.Sudah  tiga  kali  aku  berkahwin  dan  ketiga-tiganya  pun  menceraikanku.Aku  tidak  tahu  di  mana  silapnya.Adakah  jamu  perapat  yang  aku  amalkan  sudah  tidak  berkesan?
            Muhammad  Ariff  Izhan! Aku  masih  mencintai  kau! Memang  aku  akui,kau  bukanlah  lelaki  pertama  yang  dapat  mencuri  hatiku.Tapi  kau  adalah  lelaki  pertama  yang membuatkan  aku  gila  bayang  dan  hampir  gila  disaat  kau  melafazkan  talak  tiga  kepadaku.Aku  datang  berjumpa  denganmu  untuk  meminta  maaf,tetapi  kau  mencerca  diriku! Kau  meletakkan  maruah  diriku  di  tingkat  bawah  sekali! Aku  akan  balas  balik  apa  yang  telah  kau  lakukan  kepadaku.Aku  akan  pastikan  kau  dan  keluarga  kau  hidup  merana!