(12 ; 53,17/10/13)
hari yang ku lalui kini
terasa tidak bermakna
tidak seghairah dulu untuk menghadapi hidup
kurasakan hidupku kosong
segala yang kulakukan seperti tidak berlaku
dan segala ucapanku seperti angin yang lalu
sungguh tidak bererti..
Airmata yang tumpah umpama air yang jatuh dari daun keladi
setiap titisannya tidak mampu untuk menghilangkan resah dihati
kesusahan hidup yang aku alami
membuatkan aku mampu untuk berdiri di kaki sendiri
perjalanan hidup yang penuh mencabar mendewasakan aku
untuk terus berdikari
walau kekadang aku merasa putus asa dengan semua ini
tetapi itu tidak menghalang untuk aku teruskan hidup
<*.*>
Friday, 28 February 2014
Saturday, 15 February 2014
DIA??
3:56 PM
26/5/2013
tidak aku sangka dirimu begitu
di sebalik wajahmu yang ceria itu
..sebenarnya banyak tersimpan duri yang tajam dan menyakitkan
kami tidak mengharapkan dirimu untuk sempurna
tapi cukuplah sekadar tidak menyusahkan orang lain
Dirimu yang aku kenal dahulu amat berbeza kini
engkau ibarat orang asing kurasakan
kehadiranmu kurasa hanya membuatkan aku gelisah
dan kekadang kurasa ingin menjauhi dirimu
Bukan niat ku untuk menyakiti hatimu
tapi aku amat takut untuk dekat denganmu
dirimu umpama ancaman buatku
Aku tidak lagi rasa selesa...
Maafkan aku sahabatku..
Aku sayangkan kau...
tapi dirimu yang membuatkan aku menjauhimu...
26/5/2013
tidak aku sangka dirimu begitu
di sebalik wajahmu yang ceria itu
..sebenarnya banyak tersimpan duri yang tajam dan menyakitkan
kami tidak mengharapkan dirimu untuk sempurna
tapi cukuplah sekadar tidak menyusahkan orang lain
Dirimu yang aku kenal dahulu amat berbeza kini
engkau ibarat orang asing kurasakan
kehadiranmu kurasa hanya membuatkan aku gelisah
dan kekadang kurasa ingin menjauhi dirimu
Bukan niat ku untuk menyakiti hatimu
tapi aku amat takut untuk dekat denganmu
dirimu umpama ancaman buatku
Aku tidak lagi rasa selesa...
Maafkan aku sahabatku..
Aku sayangkan kau...
tapi dirimu yang membuatkan aku menjauhimu...
Cerpen
Sinar Kasih Ayah
“Hoi,banguuuuun!” Adus,tarzan mana
yang menjerit di
telinga aku yang
sememangnya penuh dengan
emas berharga ni?
“Alah,along! Apa
jerit-jerit ni? Ingat angah
tak ada telinga ke?”
“Memang kau tu
tak ada telinga.Balik-balik aku
bangunkan kau,tak bangun-bangun.Dah nak
putus dah leher
ni.Bangun cepat!” Isy...nilah kakak
aku,Nur Amylia
Khaleesyah,berumur 19 tahun,dua
tahun lebih tua
dari aku,dua patah
aku tanya,dua kali
ganda patah dia
jawab.
“Buat apa nak
bangun awal? Hari ni
kan hari Ahad?”
“Ahad kepala otak
kau! Hari ni hari
Isnin laaa! Bangun cepat! Dah
jam 6:30 pagi ni.”
“Apa? Isnin? 6:30? Allah...along,kenapa tak
cakap awal-awal?” Aku terus
malompat dari katil.Alamak,nak mandi
dah tak sempat.Berus
gigi dan cuci
muka sajalah.Dengan pantasnya
aku menyarungkan uniform
sekolah.
“Rajinnya
angah pergi sekolah.Bukan
hari ni hari
Ahad ke?” Along sempat
menyindirku sebelum aku
melompat masuk ke
dalam kereta Toyoto
Camry milik ayah.
“Awal angah bersiap.Biasanya nak
ambil masa 30
minit baru nak
siap.Angah tak mandi
ke?” Alamak,dari mana pula
ayah tahu ni? Aku
Cuma mempamerkan gigiku
yang putih bersih.Chewah,macam iklan
gigi pula.
“Eeeh,angah
tak mandi,eh?”
Eh,suara
sumbang mana pula yang
menyampuk ni? Dengan pusingan
90 darjah aku
menoleh.
“Eh,monyet,sejak bila pula kau ada di belakang? Angah tak nampak pun.”
“Eh,monyet,sejak bila pula kau ada di belakang? Angah tak nampak pun.”
“Afieq memang dah
lama ada di
sini,angah tu yang
tak perasan.Lagi satu,berapa
kali Afieq nak
bagi tahu angah yang
nama Afieq,Muhammad Afieq
Nazhan Bin Muhammad
Ariff Izhan.Afieq,Afieq,Afieq! Bukan monyet!”
Ni lagi budak
satu ni,monyet a.k.a
adik lelaki aku.Kalau
berdebat dengan aku
tak pernahlah nak
kalah.Sama saja perangai
macam aku.Tak apa,hari
ni aku ampunkankan
kau sebab kau
tahu aku tak
mandi.Tapi...hari seterusnya,siap kau!
Kereta ayah berhenti
di depan pintu
pagar sekolahku dan
monyet ni,Sekolah Menengah
Kebangsaan Beaufort.Aku dan
Afieq menyalami tangan
ayah sebelum keluar
dari perut kereta.
“Belajar
rajin-rajin.Jangan
nakal-nakal.Dengar apa yang
guru cakap.”
“Ya,ayah!” Aku
dan Afieq mengangkat
tangan tanda berjanji.Kereta ayah
perlahan-lahan menyusur pergi.
Aku kagum dengan
ayah.Walaupun dia sibuk
menguruskan syarikat,tetapi dia
tetap ada masa
untuk kami tiga
beradik.
Sejak arwah ibu
meninggal dunia sepuluh
tahun lalu akibat
kanser Leukimia,ayahlah tempat
kami bermanja.Dialah ayah,dia
jugalah ibu.Aku masih
lagi ingat ketika
arwah ibu meninggal
dunia.Along,aku dan Afieq
menangis dari pagi
hingga ke malam.Tetapi
ayah,tidak! Setitis air mata
langsung tidak kelihatan
dari mata ayah.Tabah
sungguh ayah ketika
itu.
“Hoiii!”
“Hoiii,opocot
nenek kau merempit! Ya Allah,tak guna
kau,monyet!” Aku menarik telinga
Afieq.Hah,rasakan kau! Nasib baik
aku melatah je.Kalau
aku buka langkah
silat gayung aku,tak
sia-sia aku bagi
persembahan percuma kepada
makhluk-makhluk SMK Beaufort.
“Angah tu yang
tak guna,bukan Afieq! Siapa
suruh,masa berjalan pun
nak menghayal.Kalau termasuk
dalam longkang tu,siap
yang susah?”
“Oh,menjawab,eh? Sini kau.” Belum
sempat aku menarik telinga
Afieq untuk kedua
kalinya,dia sudah berlari
seperti lipas kudung.Amboi,mentang-mentang kau
tu atlet sekolah,aku
tak boleh kejarlah? Tunggu kau.Aku
pun atlet juga
semasa di sekolah
Tabika dulu tahu.
“Riesyah!”
Siapa pula yang
panggil aku ni? Kelihatan
seseorang perempuan datang
menghampiriku.Eh,macam kenal saja.
“Hei,Riesyah! Kenapa
kau buat muka
macam tu? Aku Hani
la.Baru dua hari
tak jumpa,kau dah
lupa muka kawan
baik kau ni? Sampai
hati,” Hani memuncungkankan mulutnya
yang sememangnya muncung
itu.
“Alah,merajuklah pula.Hei,aku tak lupalah muka
kawan baik aku
yang comel macam
patung Barbie ni.” Hah,kalau nak
tahu,aku ni bukan
saja atlet semasa
di sekolah Tabika
dulu,tapi aku juga
mempunyai bakat dalam
acara pujuk-memujuk ni
tau.
“Hei,dahlah! Jom
masuk kelas.Kita dah
lambat ni.Dahlah masa
pertama ni masa
Cikgu Ramlah.” Hani menarik
tanganku menuju ke
kelas.Nanti,nanti! Cikgu Ramlah? Tu kan
Cikgu Harimau Betina? Mampus!
Ketika kami sampai
di kelas,Cikgu Ramlah
sudah pun memulakan
sesi pembelajaran. “Hani,Riesyah!
Kenapa kamu lambat? Kamu
tahukan yang cikgu
paling pantang kalau
ada murid yang
lambat masuk kelas?”
Harimau
betina dah beraksi...Dia
menggoyang-goyangkan rotannya.Aku dan
Hani teguk liur.Macam mana
ni? Hani menggengam erat
tanganku.
“Waktu
rehat,jumpa saya di
bilik disiplin.Sekarang pergi
tempat duduk kamu.” Arah
Cikgu Ramlah.Kami akur.
Kringg! Bunyi loceng
kedengaran menandakan waktu
rehat.
“Yeah,rehat! Jom pergi
kantin.” Aku bersorak mengalahkan
pasukan sorak.Buk! Hani tiba-tiba
menampar belakangku.
“Adoi,apa ni,Hani?”
“Aku
peliklah dengan kau
ni,Riesyah! Aku menggigil habis
dalam kelas tadi
asyik memikirkan habuan
apa yang kita
akan dapat.Tapi kau,selamba
habis.Kau ni tak
ada abdomen ke?” Hani
membebel.Dah macam mak nenek
dah Hani ni.Asyik
membebel saja kerjanya.Aku
tadah saja telinga
ni. Maklumlah,kawan dunia akhiratlah
katakan.
“Okey,okey,Hani! Tak payah
fikirlah benda tu.Jom
pergi jumpa Cikgu
Harimau Betina tu.Alih-alih
pun,kita dapat rotan
di punggung je.” Kataku
sambil menepuk punggung.
Aku dan Hani
tiba di hadapan
bilik disiplin.“Jom masuk!” Aku
menarik lengan Hani.Kami
duduk di kerusi
yang terletak betul-betul
di tengah bilik
itu sementara menunggu
kehadiran Cikgu Ramlah.
Dalam
kebosanan menunggu,aku toleh
belakang.Pintu yang kami
masuki tadi tertutup
rapat.Aku toleh kiri,Ya
Allah,mambang tanah,mambang api, mambang
segala mambang,aku ingat
benda di sebelah
aku ni mayat,Hani
rupanya.Takut sangat ke
kawan aku ni
sampai bibir pun
pucat? Aku toleh kiri.Kaca
berbentuk hati terletak
kemas di ats
meja.Aku pandang de...Eh,tak jadi.Aku
toleh kiri balik.Wah,cantiknya kaca
tu!
Aku berdiri lalu
menghampiri kaca berbentuk
hati itu seperti
tarikan magnet.Aku belek-belek
kaca tersebut.Ibu.Aku teringtkan ibu.Ya,arwah ibu
sangat menyukai kaca
berbentuk hati.
Prang! Kelihatan
Cikgu Ramlah di
muka pintu dengan
muka terkejut memandang
ke arahku.Lain macam
saja bunyi pintu
tadi tu.Bukan sepatutunya
‘bam!’ ke? Pintu tu
buatan apa,eh? Nak juga
aku syorkan kepada
ayah supaya dia
tukar semua pintu
di rumah dengan
pintu tu.Barulah Afieq
yang raja segala
menghentak pintu tu
terkejut.Mahunya sakit jantung.Bwa...ha.. ha...Apa yang
aku merepek ni? Eh,nanti! Kenapa tangan
aku kosong semacam
saja? Bukan ke tadi
aku pegang...Arghh,tidak!
“Nur Emielyn Ariesyah
Binti Muhammad Ariff
Izhan!”
Ampunkan aku cikgu.Apa
yang aku patut
buat? Pilihan
pertama,buat-buat tak tahu.Pilihan
kedua,pura-pura pengsan.Pilihan ketiga,lari!
Buat-buat tak tahu? Macam
mana nak buat-buat
tak tahu kalau
dah benda alah
tu pecah depan
mata dia.Pura-pura pengsan? Apa
kejadahnya pula?Tiba-tiba mereka
buka baju aku,tak
ke malu? Lari? Hah,ni lagilah
cadangan tak masuk
akal.Menempah tiket masuk
ke dalam rumah
dua tiang agaknya.
Cikgu Ramlah meghampiriku.Bulat matanya
memandangku.Cikgu, janganlah
pandang macam tu,dah
nak terkeluar dah
biji mata cikgu
tu.
“Kamu tahu tak
berapa harga kaca
ni?”
“Manalah saya tahu,cikgu.Tapi,di pasar
malam tu berlambak
benda macam ni.Kalau
cikgu nak,saya boleh
belikan.” Aku memberikan cadangan
yang pastinya akan
dijawab dengan satu
suara yang...
“Kamu fikir benda
ni cikgu beli
di pasar malam
ke? Benda ni cikgu tempah
khas dari Jepun,tahu
tak?” Hah,tu dia.Suara yang
pastinya akan menyebabkan
seluruh tahi telingaku
mencair.
“Maafkan
saya,cikgu! Benda macam ni
ada banyak di
rumah saya.Kalau cikgu
nak,saya boleh bagi
cikgu satu.Cikgu janganlah
risau sebab semua
benda tu ibu
saya tempah khas
daripada Jepun juga.” Wah,Hani.terima kasih! Kau
bukan lagi Hani
tapi honey aku.Buwek,nak muntahlah
pula.
“Baik,cikgu
terima tawaran kamu
tu,Hani.Cikgu tak akan
rotan kamu.Tapi Riesyah,saya
tetap akan rotan
kamu!”
Apa? Ini
tidak adil.Hani,yang tadi
tu kau rasuah
cikgu ke? Sampai hati
kau,Hani.
AMARAN:Rasuah salah
di sisi undang-undang!
“Maafkan saya,cikgu.Cikgu tak
boleh buat macam
tu.Saya pun lambat
masuk kelas tadi.Jadi,saya pun mesti
kena rotan juga.Tak
adillah kalau Riesyah
saja yang kena.” Hani,Hani,Hani.Hah,ni yang
buat aku tambah
sayang dengan kau
ni.
“Kalau kamu
dah nak macam
tu,baiklah.Berdiri di sana.Cikgu
nak rotan kamu
berdua sekaligus.Jimat masa
sikit.” Cikgu Ramlah memberi
arahan.
1,2,3,pak! Rotan Cikgu
Ramlah sebesar jari
kelingking melekat kemas
di punggungku dan
Hani.
“Kamu boleh
keluar sekarang.Lain kali
jangan buat lagi.” Cikgu
Ramlah sempat memberi
nasihat.
“Baik,cikgu!” Aku dan
Hani menjawab serentak.
Waktu pulang.
“Angah!”
Kenapa berseri
semacam saja muka
adik aku ni? Hah,ni
lain tak bukan,mesti
dia menang dalam
pertandingan makan kuaci
dengan kawan-kawan dia
lah ni.
“Hei,kenapa tengok
Afieq macam tu? Macam
tengok Alien.”
“Memang tengok
alien pun.” Aku membalas
dengan suara antara
kedengaran antara tidak.
“Apa? Angah cakap
Afieq alien?” Wah
Fieq,tabiklah angah dengan
kau.Angan rasa apa
yang angah cakap
tadi tu cuma
semut saja yang dengar.
“Ha’ah.” Aku mengangguk.Cari maut
agaknya aku ni.Belum
sempat aku dan
Afieq memulakan acara
bergusti,kereta ayah tiba-tiba
berhenti di depan
kami.Seperti biasa,aku masuk
ke dalam perut
kereta di tempat
duduk hadapan.Afieq pula
mengambil tempat di
belakang.
“Assalammualaikum,ayah.” Aku menyalami
tangan ayah diikuti
adikku.
“Wa’alaikummussalam,macam mana
di sekolah tadi? Okey?” Ayah mengajukan
soalan.
“Okey!” Dengan sepantas
kilat aku meyahut.Afieq
hanya diam.Malu agaknya
nak bagi tahu
ayah yang dia
menang pertandingan makan
kuaci tadi.
“Syukur Alhamdulillah.” Ayah mengucap
kesyukuran kerana mendapat
anak yang soleh
seperti aku ini.He...He...
Tok!Tok!Tok!
Alahai,siapalah yang datang
petang-petang ni? Aku mencapai
selendang untuk menutupi
kepalaku sebelum membuka
pintu.
“Ya,cari siapa?” Seorang perempuan
sedang berdiri di
hadapan pintu.Dia memakai
baju kurung batik
berwarna biru dipadankan
dengan tudung bawal
juga berwarna biru.Sungguh
anggun
penampilannya.Ditambah lagi dengan
wajahnya yang putih
berseri.Langsung tidak tercalit
sebarang alat solek
pun di wajahnya.Aku
terpaku seketika.
“Maaf,dik.Ayah ada
tak?” Soalannya itu menyedarkan
aku dari lamunan.
“Ayah? Oh,ada! Sebentar,ya.”
Aku berlari menuju
ke bilik ayah.Aku
mengetuk pintu sebelum
masuk.Ayah sedang membuat
kertas kerjanya.
“Ayah,ada orang
nak jumpa.”
“Siapa?”
“Entah.Perempuan.” Aku memperlahankan suaraku
ketika menyebut perkataan
‘perempuan’.
“Perempuan?” Ayah mengerutkan
dahinya.Perlahan-lahan ayah berdiri
lalu keluar daripada
bilik itu.Dia menuju
ke pintu utama.Ayah
tersenyum lebar tatkala
terpandang wanita itu.Ayah
menjemput wanita itu
masuk.Wanita itu duduk
berhadapan dengan ayah.Mereka
sedang berbincangkan sesuatu.Wajah
ayah kelihatan tegang.
Kenapa aku
rasa tak sedap
hati ni? Macam rahsia
negara saja yang
mereka sedang bincangkan
tu.Tak boleh jadi
ni! Aku nak tahu
juga apa yang
mereka sedang bincangkan.
Perlahan-lahan aku merapatkan telinga
ke dinding.Aik,kenapa tak
dengar apa-apa ni? Aku
pandang semula ke
arah mereka.Ya Allah,kenapalah kau
ni bodoh sangat
Ariesyah,patutlah tak dengar
kalau kedudukan mereka
nun jauh beribu
batu.Dahlah suara mereka
tu hanya semut
saja yang dengar.
Aku
berjalan perlahan-lahan mendekati
mereka.Aku bersembunyi di
sebalik pasu bunga
yang saiznya labih
kurang seperti aku.Aku
memasang telinga.Aik,sini pun
tak dengar juga? Ini
dah melampau! Rahsia sangat
ke apa yang
mereka bincangkan tu? Ahh,biarlah! Berbincang mengenai
kerja agaknya tu.Aku
menyedapkan hati.
“Angah,apa yang
angah buat tu?” Alamak! Aku menoleh.Afieq
memandangku kehairanan.
“Angah?” Opsss,tembelang dah
pecah! Perlahan-lahan aku menoleh
ke arah ayah.“Hai.” Aku melambaikan
tangan ke arah
ayah dan wanita
itu.Arghh,malunya! Mana nak letak
muka ni? Dahlah pasu
bunga di sebelah
aku ni penuh
dengan ranting entah
apa-apa.
“Tak
apalah,Ariff.Saya minta diri
dulu.” Wanita itu
tiba-tiba bersuara. Meminta izin
untuk meminta diri.Fuhh,lega! Tak perlulah
aku nak sorok
muka aku ni
di dalam pasu
bunga tu.
“Apa
yang angah buat
tu? Mencangkung macam nak...” Dahlah monyet! Aku
dah malu tahap
karma ni.Kau masih
nak tanya? Ada juga
yang kena makan
penampar aku ni.
“Suka hati
angahlah! Yang Afieq menyibuk
apa hal?” Hah,kan dah
kena sedas.Nak lagi?
“Oh,angah curi
dengar perbualan ayah,eh?” Afieq meneka.Yeah,Afieq! Kau meneka
dengan tepat sekali.Satu
tepukan untuk adik
kesayanganku.Aku menjelirkan lidah
kepada Afieq.Aku berjalan
menuju ke bilikku.Nasib
ayah tidak bertanya
apa-apa.
“Along,angah,Afieq! Mari sini
sekejap.Ayah nak cakap
sesuatu.” Kedengaran suara ayah
memanggil kami.Along menuju
ke ruang tamu
di mana ayah
berada diikuti oleh
aku dan Afieq.Along,aku dan
Afieq melabuhkan punggung
di atas sofa
berhadapan dengan ayah.Ayah
menatap kami satu
persatu.
“Ayah nak
bagi tahu kamu
sesuatu.Tapi,ayah harap kamu
jangan terkejut dan
ayah harap...kamu terima
keputusan ayah ni.” Along,aku dan
Afieq memandang ayah.
“Sebenarnya ayah...” Kami
menanti ayat yang
akan keluar daripada
mulut ayah.Dub,dab! Dub,dab!
Kuatnya bunyi degupan
jantung ni.Aku punya
ke?
“Sebenarnya ayah...” Ya
Allah,ayah! Cepatlah! Dah
nak tercabut dah
jantung ni.
“Sebenarnya ayah
nak kahwin lagi.”
Oh,ayah nak
bagi tahu tu
je.Ayah nak kah...Apaaa? Apa? Apa? Apa? Ayah nak
kahwin lagi? Tidaaaak! Aku tak
nak!
Kami
diam seketika.Air mata
sudah mula bertakung
di tubir mataku. Hanya
menanti untuk jatuh
saja.
“Siapa ayah?”
Aku gagahkan diriku
untuk bertanya.Walaupun aku
tahu apa saja
ayat yang keluar
dari mulut ayah
ketika itu pasti
akan memilukan hatiku.
“Wanita yang datang tadi.” Perlahan saja
suara ayah menjawab. “Nama dia
Nur Aryanie Abdullah,rakan sepejabat
ayah.Ayah harap...”
“Tak
nak! Angah tak nak!” Aku
memotong percakapan ayah.Aku
tidak sanggup untuk
mendengar ayat seterusnya
daripada ayah.Aku tak
sanggup! Aku berlari menuju
ke bilikku.Manik-manik jernih
sudah mengalir di
pipiku.
“Betulkah,ayah?” Along bertanya.Ingin mendapat
kepastian dari ayah.Ayah
mengangguk.
“Ayah dah
jangka benda ni
akan jadi.Ayah dah
lama pendam perkara
ni.Ayah tak sanggup
nak bagi tahu kamu sebab
ayah tahu pasti
angah tak akan
setuju.Tapi hari ni,ayah
terpaksa bagi tahu
kamu sebab ibu
bapa Aryanie sekarang
sedang nazak di kampung.Mereka nak
ada pengganti mereka
yang akan menjaga
Aryanie nanti.Ayah tak sanggup nak
tolak permintaan ibu
bapa Aryanie.”
“Ayah dah
kenal dia sejak
bila?” Kali ni Afieq
pula yang bertanya.
“Ayah dah
lama kenal dia.Sebenarnya dia
tu kawan arwah
ibu.Kawan baik arwah
ibu tapi ayah
tak berapa rapat
dengan dia.Ayah mula
rapat dengan dia
selepas setahun arwah
ibu meninggal dunia.Masa
tu,ayah masih belum
ada perasaan lagi
dengan dia.Lama kelamaan,ayah
mula tertarik dengan
dia sebab dia
baik,mengambil
berat,penyayang.Serupa dengan
arwah ibu.Sejak tu,ayah
mengambil keputusan untuk
mengambil dia sebagai
pengganti arwah ibu.Sekarang,ayah dah
tak tahu macam
mana lagi nak
pujuk kamu bertiga
supaya terima keputusan
ayah ni.”
“Macam nilah
ayah.Along setuju ayah
nak kahwin lagi.Jadi,mengenai angah,biar
along yang pujuk
dia.”
“Afieq pun
setuju ayah kahwin
lagi.Sekurang-kurangnya ada juga
yang tolong Afieq
basuh pakaian.Afieq dah
penatlah asyik basuh
kain ni.” Afieq merungut
seperti budak kecil
berumur lima tahun.Padahal
umur dah manginjak
16 tahun.Anak bongsulah
katakan.
“Terima kasih
along,Afieq! Terima kasih sebab
kamu faham keadaan
ayah.”
“Ayah,tu kan
dah tanggungjawab kami.Bantu
ayah,sentiasa berada di
sisi ayah.” Along menggenggam
erat tangan ayah.Afieq
pula mengurut bahu
ayah.Along berdiri lalu
berjalan manuju ke
bilikku.
“Angah,boleh along
masuk?” Kedengaran suara along
meminta izin untuk
masuk.Aku membatukan diri
di hujung katil.Krak! Kedengaran pintu
bilikku dibuka.Isy..along ni,ada
angah bagi kebenaran
masuk ke? Nasib baik
tak sempat nak
kunci pintu tadi.Kalau
tak,jadi tugu negaralah
along di luar
tu.
“Angah,kenapa duduk
dalam gelap ni?” Along
menuju ka arahku.Along
melabuhkan punggungnya di
sebelahku.Aku hanya diam.
“Angah,arwah ibu
dah lama pergi.Hampir
sepuluh tahun dah
angah. Sepanjang sepuluh tahun
tu ayah kesunyian.Sepanjang tu
juga ayah kehilangan
kasih sayang seorang
isteri.Angah fahamkan maksud
along?”
“Along,angah tahu.Tapi,angah belum
sedia untuk menerima
kehadiran seseorang dalam
keluarga kita.Sepuluh tahun
tu belum cukup
lagi untuk angah
melupakan arwah ibu.Angah
rasa seperti baru
kelmarin ibu pergi.” Aku
tidak dapat membendung
lagi air mataku.Aku
memeluk along.Aku menyembamkan
wajahku di bahu
along.Ya Allah,Kau bantulah
hamba-Mu ini.
“Ya,along faham.Tapi,demi kebahagiaan ayah,angah
mesti berkorban.Dah tiba
masanya ayah mencari
pengganti arwah ibu.Angah
kan dah 17
tahun.Dah boleh bezakan
mana yang baik
dan mana yang
buruk.Kita dah besar,angah. Kita bukan
selama-lamanya akan berada
di samping ayah.”
Air
mataku semakin deras
mengalir.Perlahan-lahan aku mengangguk. Sikapku memang
serupa dengan arwah
ibu,mudah dipujuk.
Semoga kebahagiaan
bakal dikecapi oleh
ayah.Amin.
Dari jauh,kedengaran paluan
kompang mengiringi pengantin
lelaki yang sedang
menuju ke rumah
pengantin perempuan.Aku berdiri
di beranda rumah
Aryanie.Wanita yang bakal
mengganti tempat arwah
ibu dalam hidup
kami. Wanita yang berjaya
mencuri hati ayah.Wanita
yang...Astaghfirullahalazim.Ya
Allah,Kau jauhkanlah aku
daripada hasutan syaitan
yang direjam.
Kulihat Afieq
menjadi pengapit ayah
manakala along pula
menjadi pengapit Aryanie.Wah,wah,wah along,baju
sarat dengan labuci,tudung
ala-ala Yuna.Make up? Hmm,apa lagi,bulu
matalah yang paling
menonjol.Along,along, yang
jadi raja sehari
ni along ke
Aryanie?
Akibat tidak
betah menunggu acara
bersanding selesai,aku pergi
ke dapur.Jadi tikus
sekejap.Ayam masak kicap,sayur
kobis,ulam-ulaman dan beberap
lagi jenis masakan
yang aku tidak
tahu apa spesiesnya. Aduh,semuanya makanan
yang tidak menyelerakan.
Tiba-tiba,bulu romaku meremang.Seperti ada
sejenis aura yang
memanggil.Aku mesti cari
dari mana punca
aura ni.Aku tengok
atas,bawah,kiri, kanan,depan
dan belakang.Hmm,rasanya aku ada nampak
‘something’ lah masa
toleh belakang tadi.Benda
tu tadi seperti...berwarna coklat. Coklat? Hah,aku tahu! Yeepy,akhirnya jumpa
juga.Kek lapis kegemaranku.Patutlah aura
dia tu kuat
sangat.Kau panggil aku
rupanya wahai sang
kek lapis.Sebentar lagi,kau
akan menjadi milik
aku.Wah...Ha...Ha...
Dalam usaha
aku untuk mencapai
kek lapis yang
terletak di atas
peti sejuk itu,tidak
semena-mena satu tangan
yang sangat-sangatlah penyibuk
bagi aku telah
mengambil sang kek
lapis itu.Tidaaak!
“Hoi,suka hati
kau je kan
nak ambil benda
tu! Kau tak nampak
ke aku yang
sedang berusaha untuk ambil benda
tu?” Hah,kan dah kena
sembur air liur
emas aku.
“Hei,tempias tahu
tak! Aku yang ambil
benda ni dulu,aku
punya la!” Penyibuk a.k.a
lelaki itu membalas
seraya meraup wajahnya
akibat terkena semburan
air liur emas aku.Tak
boleh jadi ni! Demi
kek lapis kesayanganku, aku rela
berjuang!
“Aku
yang nampak dulu,akulah
yang punya!” Tanpa memperdulikan
kata-kataku,lelaki itu tanpa
rasa bersalah memasukkan
kek lapis itu
ke dalam mulutnya.Kemudian dia
berlalu begitu saja.Grrrr...Penyibuk ni
memang nak kena
bom.Ini yang menyebabkan
beta berasa murka.Nasib
baik muka kau
lawa.Kalau tak,dah lama
aku tembak guna mechine
gun.
Sebulan kemudian,
“Hei,perempuan! Aku suruh
kau basuh pakaian tu
guna tangan,bukannya guna
mesin! Kau ni pekak
atau memang tak
ada telinga?” Sindiran pedas
itu menusuk tajam
di telingaku.
Semua ibu
tiri memang macam ni
ke? Kejam! Depan ayah ditatangnya
aku mengalahkan minyak
yang penuh.Di belakang,usah
cakap,ditengking, disepak,malah
diterajangnya!
Along dah
berpindah ke Johor
kerana mendapat tawaran
menyambung pelajaran di
sana dalam bidang
kedoktoran.Selepas seminggu perkahwinan
ayah,dia terus berangkat.Afieq pula
masuk asrama di
SMK Beaufort.Nak berdikari
katanya.Hmm,memang sesuailah alasan
kau tu nak
masuk asrama. Dah macam
kanak-kanak Ribena dah
kau di rumah
ni.Akibatnya,akulah yang menjadi
mangsa keadaan.
Pernah juga
sekali aku mengadu
dengan ayah yang
perempuan tu ‘dera’
aku.Tapi,ayah kata itu
sebab dia nak
didik aku,nak aku
jadi anak yang
taat dan soleh.Didik
apanya kalau dah
siap disepak terajang.Kalau dia
sepak terajang aku
sebab tak solat
tak apa,ni tak,aku
satakat tak ‘ter’basuh
sehelai pakaian dah
dibelasahnya.
Dah
tu,asal aku tak
ikut cakap,mulalah nak
mengadu dengan ayah,bagi
ceramah tentang dosa.Dosa
memanjang.Pahalanya tiada.Apa yang
aku buat semuanya
dosa.Padahal aku tengok,tak
juga dia ni
solat.Bila ditanya,uzur.Uzur memanjang.Kaya darah
betul dia ni.Dah
tu kuku dicatnya
dengan perwarna kuku.Ayah
tak pernah tegur
ke?Barulah aku tahu
bahawa ‘cinta itu
membutakan’.
“Kenapa kau
pandang aku macam
tu? Aku bagi tahu
bapa kau!” Hah,betulkan apa
aku cakap? Diugutnya aku,nak
bagi tahu ayah.
“Cuci baju
ni semula!” Arghh, sabar! Sabar!
Aku mencapai bakul
yang sarat dengan
pakaian itu kemudian
dengan berhati-hati aku
masuk ke dalam
bilik mandi.Ya Allah,Kau
tabahkanlah hatiku.
“Assalammualaikum,Yanie,abang dah
balik!” Kedengaran suara ayah
memberi salam.Awalnya ayah
balik.Biasanya sebelum Maghrib
baru balik,ni Zohor
pun belum,dah terpacak
di depan pintu.
Aku
berlari-lari anak untuk
menjemput ayah.Langkahku terhenti
di tangga apabila
melihat Aryanie menyalami
tangan ayah.Aku merasakan
ada sesuatu yang
kurang.Sangat kurang.Ayah tiada
menyebut namaku,dia cuma
meyebut
nama...Yanie.Ya,Yanie ialah nama
panggilan Aryanie.
Aku
berdiri di tangga.Mengharapkan agar
ayah menegurku.Aku tunggu
dan terus menunggu.Harapanku punah
sama sekali.Ayah langsung
tidak menegurku.Ayah penat
sangat agaknya.Aku kembali
ke bilik mandi.Meneruskan kerja
mancuci baju.Aku teringat
keputusan peperiksaan percubaan
semester pertama yang
aku peroleh.Agak cemerlang.Aku
terseyum seketika.Tidak sabar
rasanya menunjukkan keputusanku
itu kepada ayah.Mesti
ayah bangga denganku.
Selesai mencuci
baju,aku terus berlari
ke bilik.Ku capai
kertas keputusanku.Aku menuruni
satu persatu anak
tangga.Kulihat ayah sedang
menonton Sinetron bersama
dengan
Aryanie.Perlahan-lahan aku menuju
ke arah ayah.
“Ayah,angah ada
sesuatu nak tunjuk
pada ayah.”
“Apa
dia?” Ayah bertanya acuh
tak acuh.Ayah langsung
tidak memandang ke
arahku.Aku diam.Lantas,ayah menoleh
ke arahku.
“Angah,kalau tak
ada hal nak
bagi tahu ayah,tak
perlulah nak jumpa
ayah.Ayah tak ada
masa nak layan
kerenah angah tu.Ayah
penat tahu!” Suara ayah
meninggi.
Ya
Allah,benarkah apa yang
aku dengar ni? Ayah,selama ni
ayah tak pernah
nak tengking aku.Ayah
dah berubah.Dengan perempuan
tu ayah ada
masa,tapi dengan anak ayah sendiri,sesaat pun
tak ada ke
dalam jadual masa
ayah?Kertas yang kupegang
kugenggam erat.Dengan langkah
longlai aku beredar.Sempat lagi
aku memandang ke
arah Aryanie.Dia tersenyum. Puas! Dia puas
kerana dapat meracuni
ayah.
“Riesyah,hari ni
tugas kau menyapu
kelas.” Hani berkata.
Mengingatkan aku.
“Ya,aku tahu!
Sekejap lagi aku
buatlah.” Aku duduk
di atas kerusi.Aku
rasa pening.
“Riesyah,kau
sihat ke ni? Muka
kau nampak pucat.”
“Aku okey.Kurang tidur
agaknya.Lepas aku makan
ubat di rumah
nanti baiklah tu.Aku
nak pergi tandas
sekejap.” Selangkah,pandanganku
masih jelas,dua langkah,pandanganku mulai
kabur,tiga langkah,pandanganku menjadi
gelap.
“Riesyah!” Aku
mendengar Hani menjerit
namaku.Selepas itu,aku tidak
sedarkan diri lagi.
“Angah,bangun.” Afieq? Perlahan-lahan aku
membuka mata.Kelihatan Afieq
berada di sebelah
kananku manakala Hani
pula berada di
sebelah kiriku.
“Angah,jom
kita pergi klinik.Afieq
pergi telefon ayah.”
“Tak
perlulah,Fieq.Ayah mesti sibuk
di pejabat tu.Kasihan
pula dengan ayah,nak
datang sini lagi.” Aku memandang Afieq
dengan wajah lima
sen.
“Okey,tapi
angah mesti janji dengan
Afieq,lepas balik rumah
nanti,angah mesti makan
ubat!”
Afieq,walaupun
aku sering cari
gaduh dengan kau,bergusti
dengan kau, tapi kau
tetap ambil berat
mengenai aku.Kalaulah kau
tahu apa yang
Aryanie dah buat
dengan aku di
rumah tu,tentu kau akan melindungi
aku dan mempertahankan aku.
Petang
itu,aku pulang ke
rumah dengan menumpang
van saja.Selama ini
ayah yang menjemputku.Tapi hari
ini tidak.Bukan! Bukan untuk
hari ini saja
ayah tidak menjemputku,malah sudah
dua minggu.Alasannya,penat.Ayah?
Selama ini
ayah tak penat
ke jaga kami
seorang diri? Sepatutnya,dengan kehadiran
isteri baru,ayah lebih
bersemangat untuk menjaga
anak-anak,bukan bersemangat hanya
untuk menjaga isteri
baru tu saja! Ah,lantaklah!
Hari ini
10 Mac,10 Mac,10
Mac.Hmm,macam sebati sangatlah
aku dengan tarikh ni.Tarikh
apa,eh? Oh ya,10 Mac tu
kan tarikh hari
lahir aku.
Astaghfirullahalazim,kenapa aku boleh
lupa? Tiba-tiba lagu ‘Insya’Allah
dendangan Maher Zain
kedengaran.Aku mencapai telefonku
lalu menekan punat
berwarna hijau.
“Happy birthday!” Ya
Allah,bergegar kepala otak
aku.
“Along,apa jerit-jerit
ni? Sakit telinga tau.” Aku
mengorek telingaku.
“Hei,janganlah marah! Main-main jelah.Hmm,macam mana
mama baru, okey?” Aku terdiam
seketika.Otakku ligat berpusing
untuk mencerita perkara
sebenar mengenai Aryanie.
“Okey.” Akhirnya itu
saja ayat yang
keluar daripada mulutku.
“Oh,baguslah.Eh,angah,along nak
cepat ni.Bye.Assalammualaikum.”
“Wa’alaikummussalam.” Aku mencampakkan
telefon Samsung Galaxy
Young ku di katil.Mataku
liar memandang persekitaran
bilikku.Pandanganku jatuh pada
jam dinding Casio
yang tergantung kemas
di dinding.Jam 9:00
malam.Ayah mana,eh? Dari tadi
tak balik-balik.Oh,ya!
Aryanie pun tak
ada di rumah
ni.Ah,suka hati dialah
nak pergi mana
pun.Not my
bussines!
Aku
memeluk patung teddy bear
pemberian ayah sempena
hari lahirku yang
ke-16 tahun.Tahun lalu
patung teddy bear,dua tahun
lalu pun patung
teddy bear
juga,tiga tahun lalu
pun teddy bear.Tahun patung
ni teddy bear juga
ke? Hi..Hi..Tak
kisahlah,yang penting ayah
ingat tarikh lahir
aku.Hadiah tak penting.Ayah
dah makan ke? Baik
aku pergi masak
makanan.Mana tahu ayah
belum makan.
Jam
sudah menunjukkan angka
11:00 malam.Dah nak
masuk dua jam
dah aku menunggu,ayah
belum lagi balik.Aku
pandang sepi makanan
yang aku masak
tadi.Sejuk.Jenuh
menunggu,aku akhirnya membuat
keputusan untuk naik
ke bilik.Belum sempat
kakiku mendarat di
anak tangga pertama, kedengaran bunyi
enjin kereta Toyota Camry milik
ayah memasuki perkarangan
rumah.Dengan penuh kegembiraan,aku menuju
ke pintu.Ketika aku
membuka pintu,kelihatan wajah
ayah dan...wajah Aryanie.Dia
menunjukkan muka masam
kepadaku.Lantaklah kau!
Aku
menyalami tangan ayah.“Angah
belum tidur lagi?”
“Belum,ayah.Angah tunggu
ayah.Ayah dah makan? Angah
ada masakkan makanan
untuk ayah.”
“Tak
apalah,angah.Ayah dah makan
di restoran tadi
dengan auntie.
Tulah,ayah pesan
dengan auntie bawa kamu
sekali,tapi kamu tak
nak.” Apa? Ayah pesan dengan
perempuan tu? Eh,tak ada
pun dia bagi
tahu aku.
“Ah,tak...” Aku tidak
sempat menghabiskan ayatku,Aryanie menyampuk.
“Tak
apalah,bang.Abang penat kan? Jomlah
naik.” Arghh,tak guna!
“Ayah.” Langkah ayah
terhenti. “Hari ni hari
lahir angah.”
“Astaghfirullahalazim,ayah lupalah.Kenapa angah
tak bagi tahu auntie? Bolehlah dia
ingatkan ayah.Macam nilah,esok
kita pergi Centre Point.Angah angkat
je apa yang
angah nak.Ayah bayarkan.”
Asyik Aryanie,Aryanie,Aryanie! Aku bosanlah! Dia
tu bukannya boleh
diharap sangat! Ingin sekali
aku mengeluarkan kata-kata
itu,tetapi ianya hanya
terluah di hatiku.
“Tak
apalah,ayah.Hadiah tak penting.Angah
cuma nak ayah
ingat hari lahir
angah je.Tak lebih
dari tu.” Aku berlalu
ke bilik.
Sekali lagi
air mataku tumpah.Aku
tekup wajahku menggunakan
bantal.Ibu! Aku benci ayah! Akhirnya aku
terlelap ditemani dengan
perasaan yang bercampur
baur.
“Selamat pagi,angah!” Ayah tersenyum
tatkala terpandang kelibatku. “Angah pergilah
bersiap.Kita pergi Centre Point.”
“Tak
apalah,ayah.Angah
malaslah.Lagipun,angah dah janji
dengan Hani nak
ziarah kubur arwah
ibu sama-sama.” Aku memberi
alasan.
“Angah marah
dengan ayah?”
“Taklah ayah.Angah
tak salahkan ayah
pun.Tapi,ayah dah jauh
sangat berubah.Angah tahu
ayah sibuk,sebelum ni
pun ayah sibuk
juga kan? Tapi ayah
masih masa ada
untuk angah.Sekarang? Ayah ‘ter’sangatlah sibuk
nak jaga bini
baru ayah tu
sampai hari lahir
angah pun ayah
lupa!” Aku melepaskan sindiranku.Aku berlalu
ke dapur.Aku terkejut
tatkala terserempak dengan
Aryanie.Aku buat endah
tak endah.
“Kau
ingat kau anak
dia,kau boleh buat
sesuka hati kaulah? Hei,jangan harap! Bapa
kau tu dah
angau dengan aku! Semua
yang aku cakap,semua
dia percaya.Bodoh betullah! Bapa dengan
anak sama saja! Ha..Ha..Ha..Tak lama
lagi,aku akan buat
dia buang kau.Oh ya,bukan setakat
kau,along kau dan
budak Afieq tu
pun sama!”
Pang! Lima jariku
hinggap di pipi
Aryanie.
“Perempuan tak
guna!” Kali ini aku
menarik rambutnya pula.
“Angah!” Kedengaran suara
ayah menjerit namaku. “Apa
angah buat ni?” Ayah
memegang pipi Aryanie.Pedas
sangat agaknya aku
tampar tadi.Naik meluat
aku tengok lakonan
Aryanie yang mengada-ngada
tu.
“Abang,tak apalah.Angah
cuma tampar je.Tak
sakit sangat pun.Yanie
cuba tegur dia
jangan nak biadap
dengan abang.Tiba-tiba dia
tampar Yanie. Lepas tu,dia
tarik rambut Yanie.Ya..”
“Ayah,jangan percaya
cakap perempuan tu! Itu
semua fitnah! Ayah...”
“Cukup! Angah kecewa
dengan kamu! Dia layan
angah dengan baik,tapi
apa yang angah
dah buat dengan
dia? Hah?”
“Ayah,boleh tak
ayah jangan asyik
nak menyebelahi perempuan
tu? Ayah tahu tak
apa yang dia
dah buat dengan
angah? Ayah tahu tak? Dia
cuma berlakon macam
malaikat depan ayah! Tapi,di
belakang,mengalahkan syaitan!”
“Angah,jangan cuba
nak buru-burukkan dia!”
“Buruk apanya,ayah? Memang dah
perangai dia mengalahkan
syaitan!”
Pang! Aku meraba
pipiku.Pedih.Cecair merah mengalir
keluar dari mulutku.Aku
pandang ayah.
“Aku
benci ayah!” Akhirnya ayat
keramat itu keluar
dari mulutku.Aku berlari
keluar daripada rumah.Argh,aku benci
semua ni! Aku berjalan
dan terus berjalan.Ke
mana aku harus
pergi? Kakiku terasa pedih
kerana tidak memakai
selipar.
Akhirnya aku
sampai di perkuburan
orang-orang Islam.Aku berjalan
menuju ke kubur
arwah ibu.Rumput-rumput sudah
tumbuh meliar di
kubur arwah ibu.Aku
mencabut rumput-rumput tersebut
lalu mencampaknya di
tepi. Akhirnya,aku terlelap di
situ.
Ayah berjalan
mundar-mandir di ruang
tamu.Fikirannya
buntu.Mana angah ni? Tak
balik-balik.Sekarang dah jam
7:30 malam.Ayah berasa
bersalah kerana menampar
angah.Dia tidak tahu.Laju
saja tangannya menampar
pipi anaknya itu.
“Sudahlah tu,bang! Tak
ke mana budak
tu pergi.Alih-alih,dia pergi
rumah kawan dia
tu.” Aryanie meletakkan secawan
kopi O di
atas meja.
“Kawan dia
yang mana lagi? Kawan
baik dia cuma
budak Hani tu je.
Abang dah telefon
dia.Dia cakap angah
tak ada dengan
dia.Abang risaulah.” Ayah mencapai
kunci keretanya lalu
keluar.
“Eh,abang nak
pergi mana tu?”
“Cari angah.”
“Esok sajalah,bang.Ni dah
malam ni.” Ayah tidak
mengendahkan Aryanie.Laju saja
kereta Toyota Camry milik
ayah berlalu pergi.Tujuannya sekarang
hanyalah satu,cari angah.
Aku tersedar
dari tidur lalu
aku duduk.Aduh,bumi berpusing
atau aku yang
berpusing ni? Peningnya.
“Kau
okey?” Satu suara garau
bertanya.Aku menoleh.Eh,macam kenal. Ahh,baru aku
ingat!
“Penyibuk!” Aku menunding
jari ke arah
lelaki itu.
“Hei,tahulah kau marah
pasal insiden kek
lapis tu,tapi tak
perlulah nak panggil
aku ‘penyibuk’!” Oh,kau masih
ingat rupanya.Nanti,bukan tadi
aku di kuburan
ke? Ini hospital atau
klinik? Macam mana aku
boleh ada di
sini?
“Aku
yang bawa kau
ke klinik ni.Aku
jumpa kau di
perkuburan orang-orang Islam.Baring-baring macam
nak minta kena
kubur je gaya
kau.Tak pakai selipar
pula tu.Hei,kau lari
dari rumah ke?” Amboi,sedapnya mulut
kau berbicara.
“Cik
Emielyn Ariesyah?” Seorang doktor
wanita memanggil namaku.
“Ya,saya!” Dia meghampiriku.Tag nama
terlekat kemas di
bajunya. Jessica.Rambutnya
lurus keperangan.Wajahnya seperti
kacukan Belanda.
“Cik
Emielyn,saya sarankan agar
cik buat pemeriksaan
lanjut di Hospital
Queen Elizabeth.Kalau boleh,dengan
secepat mungkin.Saya takut kalau cik mungkin menghidapi
sebarang penyakit berbahaya.”
“Emielyn? Ariesyah? Ah,tak kisahlah
apa pun.Kau nak
aku hantar kau
ke rumah atau
telefon famili kau?” Tanpa
dipinta,lelaki itu mengeluarkan
telefon jenama Blackberry nya.
“Jangan! Kau hantar
aku ke Hospital
Queen.”
“Okey! Kak,aku hantar
budak ni ke
hospital dulu.” Suka hati
jiwa raga kau
saja panggil aku
budak.Hei,umur aku dah
17 tahun lah!
“Bayaran?” Aku buat
muka blur.
“Klinik ni
kakak aku yang
punya.Jadi,pasal bayaran tu,aku
suruh dia halalkan
jelah.Oh ya,nama aku Amrirrul.Kau
boleh panggil aku
Am.” Dia memberikan senyuman
comel kepadaku.Am? Pengajian am ke?
He..He..Aiseh, sempat lagi kau
kan? Nak usha aku lah
tu.
“Nama aku
Nur Emielyn Ariesyah.Panggil Riesyah.” Nak
nombor telefon ke? Kalau
aku bagi kau
nombor kad pengenalan?
“Kanser ni
jahat.Kita tak tahu
pada peringkat awal,tahu-tahu saja
sudah serius.Bila sudah
serius,ia akan menular
dengan cepat.Dan penyakit
Cik Ariesyah sekarang
dah melepasi peringkat
kedua,sekarang sudah berada
di tahap agak
kritikal.Berkemungkinan
besar jenis darah
cik akan berubah
dan ini yang
amat membimbangkan kerana
hanya satu dalam
sejuta manusia yang
mampunyai persamaan darah
dengan cik.”
Kata-kata itu masih
terngiang-ngiang di telingaku.Sudah seminggu
kejadian aku bergaduh
dengan ayah dan
seminggu yang lepas
juga aku telah
mengetahui penyakit yang
aku hidapi.Leukimia.Penyakit yang
mengorbankan nyawa ibu.Dan
bakal mengorbankan nyawaku.
Aku berjalan menuju
ke meja solek.Kulihat
wajahku di cermin.Wajahku sayu
dan pucat.Bibirku kering.Kuusap
rambutku dan Ya
Allah...beberapa helai rambut
luruh dalam genggamanku.Mataku mulai
berkaca.Aku tabahkan hatiku
agar tidak menangis.Tetapi,itu hanya
untuk seketika.Sedikit demi
sedikit air mataku
mula mengalir.Ya Allah,sekiranya ini
memang takdir buatku,Engkau
tabahkanlah hatiku.Aku tidak
akan memberitahu sesiapa
mengenai penyakit ini. Biarlah
aku sendiri yang
menanggungnya.Ya,akan aku tanggung
sehingga pengakhiran hayatku.
Perlahan-lahan
mataku terpejam dan
akhirnya...gelap.
Ayah (Muhammad Ariff
Izhan)
~ Demi anak-anak
dan demi sebuah
dosa,akan aku lakukannya!
Entahlah,waktu
itu aku seperti
dipukau.Sejak aku berkahwin
dengan Nur Aryanie,aku
seperti berada di awang-awangan.Aku sanggup
melakukan apa saja
untuknya sehingga aku
sanggup menampar pipi
anakku.Namun,mujurlah aku
sedar,aku tidak terus
menuruti kemahuan wanita
itu.
Ketika
kejadian angah lari
dari rumah,aku keluar
mencarinya.Apabila aku kembali
ke rumah,Aryanie memarahiku
kerana keluar mencari
angah.Dia memaki hamun
angah.Laju saja tanganku
menampar pipinya.Akibat daripada
perbuatanku itu,diriku pula
dimaki hamun.Aku yang
seperti baru bangun
dari tidur menghalaunya
keluar dari rumahku.
Aku nekad,aku akan
menceraikannya.Aku tidak memerlukan
seorang isteri yang
menyakiti anak-anakku.Nur Amylia
Khaleesyah,Nur Emielyn Ariesyah
dan Muhammad Afieq
Nazhan,ayah tidak akan
kecewakan kamu.Ayah akan
memberi impak pada
masa depan kamu.Kini,ayah sudah
sedar dari lena, sudah
bangkit dari alpa.Mari
kita bina keluarga
bahagia bersama-sama.Ayah akan
jaga kamu sehingga
pengakhiran hayat ayah.Itu
janji ayah.Semoga janji-janji
itu tidak akan
menjadi ular dan
membelit tubuh ayah
di akhirat kelak.
Along (Nur Amylia
Khaleesyah)
~ Aku menyayangi
ayah,angah dan Afieq
melebihi segala-galanya.
Aku
sebagai kakak yang
sulung bertanggungjawab menjaga
ayah dan adik-adikku.Kini aku
melanjutkan pelajaran di
Johor dan tinggal
di asrama. Sejujurnya,aku berasa
berat hati untuk
meninggalkan
keluargaku,tetapi demi mengejar
ilmu,aku terpaksa.
Sudah tiga bulan
aku tidak pulang
ke rumah, menjenguk mereka
kerana sibuk dengan
assigement.Bagaimanakah keadaan
mereka sekarang? Adakah ayah
masih sihat? Angah? Afieq? Ya Allah,aku
sangat merindui kamu.Apabila
tugasanku sudah selesai,aku
pasti akan pulang
ke rumah,melunaskan rinduku
pada kalian.Insya’Allah.
Afieq (Muhammad Afieq
Nazhan)
~ “Nenek kau
merempit!” Latahan angah pada
suatu ketika dahulu
masih lagi aku
ingati.Ha..Ha..Ha..Angah
memang kelakar!
Aku sebagai
anak bongsu tidaklah
dimanjakan sangat sewaktu
kecil. Jauh berbeza dengan
angah.Dia terlalu dimanjakan
oleh ayah.Aku tidak
tahu apakah kelebihan
angah jika dibandingkan
dengan aku dan
along.Adakah angah lebih
iras arwah ibu? Ya,memang tidak
dinafikan,wajah angah sangat
iras ibu terutamanya
pada bahagian mata
dan mulut.Terkadang aku
cemburu dengan angah.Walaubagaimanapun,aku sangat
menyayangi angah dan
aku tahu angah
juga menyayangi aku.
Masih aku
ingat suatu ketika
dahulu,semasa arwah ibu
meninggal dunia.Aku menangis
tidak henti-henti.Angah memarahiku
kerana asyik menangis.Padahal dia
menangis lebih dariku.Dia
memujukku dengan memberi
plastik gula-gula.Sungguh lucu
ketika itu.Kini,aku sudah
besar.Tambahan pula aku adalah
satu-satunya anak lelaki
dalam keluargaku.Aku berjanji
dengan diriku.Akan aku
lindungi keluargaku.Itu azam
aku.
Nur Aryanie Abdullah
~ Aku belum
mahu kehilangan dia! Akan
aku balas balik
apa yang telah
kau lakukan padaku! Aku
akan pastikan kau
merana!
‘Sikap tidak
seindah nama’. Ayat inilah
yang sering dilemparkan
kepadaku bagi lelaki
yang pernah aku
kahwini.Ya,aku mangiakannya.Sudah tiga
kali aku berkahwin
dan ketiga-tiganya pun
menceraikanku.Aku tidak tahu
di mana silapnya.Adakah jamu
perapat yang aku
amalkan sudah tidak
berkesan?
Muhammad Ariff
Izhan! Aku masih mencintai
kau! Memang aku akui,kau
bukanlah lelaki pertama
yang dapat mencuri
hatiku.Tapi kau adalah
lelaki pertama yang membuatkan aku
gila bayang dan
hampir gila disaat
kau melafazkan talak
tiga kepadaku.Aku datang
berjumpa denganmu untuk
meminta maaf,tetapi kau
mencerca diriku! Kau meletakkan
maruah diriku di
tingkat bawah sekali! Aku
akan balas balik
apa yang telah
kau lakukan kepadaku.Aku
akan pastikan kau
dan keluarga kau
hidup merana!
Subscribe to:
Posts (Atom)